Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rang.ga.pan]/[ber.ang.ga.pan] | براڠݢڤن

Definisi : mempunyai anggapan (bahawa), menyangka, berpendapat: mungkin ada orang yg ~ poster samalah spt hiasan dinding atau jambangan bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rang.ga.pan]/[ber.ang.ga.pan] | براڠݢڤن

Definisi : berganti-ganti menari dsb. menganggap menyilakan atau mengajak menari (minum dsb) dgn menundukkan kepala. menganggapkan menunjukkan (minuman dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.rang.ga.pan]/[ber.ang.ga.pan] | براڠݢڤن

Definisi : mempunyai anggapan; berpendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranggapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat ini? (a)Banyak orang beranggapan bahawa bahasa tidak perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh?Banyak orang beranggapan bahawa bahasa tidak perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh, ayat ini betul.Lain-lain15.10.2015
Ungkapan “Mengapa Kami Bantah!” ialah tajuk sebuah buku. Adakah DBP beranggapan bahawa ungkapan “Mengapakah Kami Bantah!” lebih sesuai berbanding dengan ungkapan ini?Pada pandangan kami frasa yang gramatis ialah Mengapakah Kami Bantah? sebagai tajuk sebuah buku.Tatabahasa14.01.2013
Dewan Bahasa dan Pustaka, frasa "di dalam buku" atau "dalam buku" lebih tepat? Saya beranggapan bahawa perkataan "buku" ialah kata nama konkrit yang dapat dilihat dan mempunyai ruang fizikal, jadi kata arah "di dalam" lebih sesuailah saya rasa. Contoh-contoh ayat adalah seperti berikut. Tolong saya tentukan ayat yang betul. 1. Terdapat banyak maklumat yang terkandung di dalam / dalam buku itu. 2. Di dalam Kamus Dewan, perkataan "beristirehat" tidak wujud. 3. Nik Safiah Karim berkata di dalam bukunya bahawa sesuatu ejaan kata pinjaman mengikut sistem sebutan bahasa Melayu, bukan mengikut sebutan asal kata pinjaman itu.Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" adalah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
Tatabahasa20.08.2014
Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan.Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan.Tatabahasa26.09.2012
Jikalau "Hujung Minggu" atau "Hari Minggu" bermaksud Sabtu dan Ahad. Adakah orang-orang Kelantan dan Terengganu juga beranggapan sedemikian kerana hari untuk mereka bersekolah dan bekerja mula dengan hari Ahad, bukan hari Isnin macam kita. Sekian, terima kasihBagi Kelantan dan Terengganu, hari minggu dan hujung mereka ialah Sabtu dan Jumaat.Lain-lain28.10.2009
Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992: 48) mengatakan panjang tanda pisah dua kali sempang dan tidak diapit oleh ruangan. Saya beranggapan bahawa ungkapan “tidak diapit oleh ruangan” bermaksud tanda pisah itu satu unit, iaitu tiada ruangan di antara sempang pertama dengan sempang kedua. Adakah anggapan saya betul?Dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga terbitan DBP, Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan memenuhi fungsi yang berikut, iaitu memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, menunjukkan aliran fikiran penulis dan menggantikan perkataan hingga. Contoh yang mudah ditemui adalah seperti "Jun - Oktober", kedua-dua perkataan tersebut dan tanda baca (tanda pisah) dikira tiga unit yang berlainan. Tanda baca yang tidak diapit oleh ruangan ialah tanda sempang.Lain-lain14.01.2013
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan tentang: 1. Bolehkah saya mencipta satu perkataan baru? 2. Sekiranya boleh, bagaimanakah caranya? 3. Sekiranya tidak boleh, kenapa? 4. Saya secara peribadi, beranggapan bahasa yang digunakan untuk memtafsir perkataan "future" atau dalam bahasa melayu nya "masa depan" adalah tidak sesuai. Sekiranya perkataan baru dicipta, contohnya dengan menggunakan gabungan perkataan tersebut untuk dijadikan 1 perkataan adalah lebih baik. Contohnya: 1. Era + Muka = Erka 2. Abad + Depan = Aban 3. Zaman + muka = Zuka Minta maaf sekiranya cadangan saya ini tidak kena pada caranya. Saya hanya berpendapat, sepatutnya ada satu perkataan yang boleh digunakan untuk memaksudkan "future" atau "masa depan". Saya mohon pihak tuan boleh memberikan jawapan. Sekian, Terima kasih Faisal Noorazman 0172932617Untuk makluman tuan, Bahagian Perkamusan, DBP menangani hal ehwal perakaman entri (kata atau ungkapan dalam kamus) dan penyusunan kamus. Terdapat tatacara khusus dan pedoman yang perlu dipatuhi dalam pembentukan kata baharu. Orang awam boleh memberikan maklumat dan mencadangkan kata baharu melalui menu Gerbang Kata yang boleh diakses melalui laman web PRPM. Satu aspek lagi yang tuan nyatakan ialah penterjemahan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Dalam hal penterjemahan ini lazimnya perkataan bahasa Inggeris diterjemahkan kepada perkataan bahasa Melayu yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. Sekiranya tiada, barulah kata baharu dicipta berdasarkan konsep makna kata tersebut dalam bahasa sasaran, iaitu bahasa Melayu. 

Lain-lain09.11.2022
Berdasarkan soalan lalu, tuan mengatakan k kerja dan k adjejtif boleh hadir selepas k sendi nama. Jadi, apakah fungsi sebenar k sendi nama.Sebelum ini saya beranggapan bahawa k nama shj yg boleh hadir slps k sendi nama. Hal ini bermakna antara k sendi nama dgn k hubung tiada bezanya. hrp jelaskanKata sendi nama hadir di hadapan kata nama dan fungsi kata sendi nama ditentukan oleh peraturan khusus yang dijelaskan dalam setiap kata tersebut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul sekiranya benar ada maklumat yang kami sampikan sebelum ini tidak/kurang tepat.Tatabahasa11.06.2014
Merujuk kepada soalan sebelum ini, saya melihat satu ayat pada dinding pusat sumber sekolah iaitu : "Membaca Penggerak Kalam Ilmu" Saya telah mencari maksud kalam (pen), jadi saya beranggapan ayat tersebut tidak tepat maksudnya. Adakah pendapat saya benar? Jika benar, saya akan maklumkan kepada pihak pusat sumber sekolah untuk menukar slogan tersebut.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "kalam" bermaksud pena atau kata. Oleh itu, "kalam" memang tidak sesuai dan tidak tepat penggunaannya dalam dalam konteks  tersebut.Makna21.03.2014
saya nama haswanee chekdoloh saya belajar tentang bahasa melayu saya ingin bertanya Apakah makna UsiyaTiada maklumat berkaitan dengan perkataan "usiya" dalam data kami. Walau bagaimanapun, pihak kami beranggapan perkataan yang hampir sama sebutannya ialah "usia" yang bermaksud lama masa sejak dilahirkan (diadakan dan sebagainya); umur. berusia mempunyai usia; berumur: Ketika emaknya pergi ke Mekah, ia ~ enam tahun. Untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=usiaMakna04.11.2015
123

Kembali ke atas