Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.ni] | براني

Definisi : 1. gagah (bukan pengecut), perkasa: adikku ialah seorang yg ~; 2. tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dll): fikiran ini tidak ada orang yg ~ menafikan; ~ lalat berani di belakang lawan (kalau berhadapan takut); ~ mati tidak takut mati; ~ udang tidak tetap hati, cemas hati; barisan (pasukan) ~ mati tentera yg berani mengorbankan jiwanya; ~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati prb mengerjakan sesuatu hendaklah dgn keberanian; ~ malu, takut mati prb pengecut; ~ menjual, ~ membeli prb a) apa-apa yg dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain); b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga; ~ pegang, ~ tanggung = barang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan prb tiap-tiap yg dicakapkan akan berani pula dikerjakan; memberanikan 1. memberangsangkan, menggalakkan: kemenangan itu ~ lagi orangorang Islam; 2. = memberani-beranikan menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani: “Saya tidak akan bimbang dgn tidak bersebab,” katanya dgn hati yg diberani-beranikan;keberanian kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan; pemberani sangat berani, orang yg sangat berani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ni] | براني

Definisi : ; batu ~ = besi ~ besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ® semberani II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ni] | براني

Definisi : tidak berasa takut menghadapi bahaya; tidak gentar menghadapi sesuatu: Orang yg ~ tidak akan mundur apabila berhadapan dgn musuh. ~ lalat pura-pura berani tetapi sebenarnya takut. ~ mati tidak takut mati. memberanikan membangkit-bangkitkan hati supaya berani; memberangsangkan: Saya ~ diri naik ke atas rakit dan mencuba memadamkan api itu dgn gebar. keberanian sifat(-sifat) berani: Cerita ttg ~ askar-askar Raja Haji menyerbu ke dlm kubu Belanda di Teluk Ketapang itu sungguh menggerunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berani

Puisi
 

Hari Isnin kucing berlumba,
     Orang Tambirat berkayuh;
Berani jamin berani bawa,
     Di dalam surat mengata sungguh.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Barang siapa berani mengamang,
     tak dapat tidak berani melawan juga.

Bermaksud :

Berani berkata, tentulah berani berbuat. mengamang = menakut-nakuti.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
darevt 1. face bravely, berani menghadapi: he will ~ any danger, dia berani menghadapi apa saja bahaya; 2. challenge, mencabar: he ~d me to do it, dia mencabar saya berbuat begitu; he ~d the woman to repeat the story, dia mencabar perempuan itu mengulangi cerita tersebut; don’t you ~, jangan kamu berani-berani; I ~ say, very likely, mungkin: I ~ say she will be late, dia mungkin lambat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boldadj 1. courageous and daring, berani: a ~ hero, wira yg berani; she grew ~er with each attempt, dia menjadi lebih berani percubaan demi percubaan; the plan was simple but ~, rancangan itu sederhana tetapi berani; to take a ~ step, mengambil langkah berani; 2. forward, immodest, tdk /tahu malu, malu, sopan/: a ~ little urchin, budak nakal yg tdk tahu malu; she gave him a ~ look, dia memandangnya dgn tdk sopan; 3. imaginative, penuh imaginasi: the novel’s ~ plot, plot novel yg penuh imaginasi; 4. clear and distinct to the eye, jelas, ketara: ~ handwriting, tulisan tangan yg ketara; a figure carved in ~ relief, patung yg diukir dgn ukiran timbul dgn jelas; ~ newspaper headlines, tajuk berita akhbar yg ketara; 5. (print) tebal: ~ letters, huruf tebal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
braveadj 1. courageous, berani: a ~ little boy, budak lelaki yg berani; a ~ attempt, percubaan yg berani; the ~, orang -orang yg berani; 2. (liter.) excellent, cemerlang: a ~ new world, dunia baru yg cemerlang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
courageousadj berani: a ~ man, lelaki yg berani; ~ words, kata-kata yg berani.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
darevi berani: I ~ not go there, saya tdk berani pergi ke sana; how ~ he say that!, berani dia berkata begitu!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heroicadj 1. very brave, sungguh berani: a ~ struggle, perjuangan yg sungguh berani: a ~ rescue, tindakan menyelamat yg sungguh berani; 2. on a grand scale, besar: ~ enterprise, perusahaan besar; 3. (of style, language) muluk-muluk: a speech written in ~ language, ucapan yg ditulis dlm bahasa yg muluk-muluk; 4. (liter.) wira: ~ epic, epik wira.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
daringadj 1. (gen) berani; (involving great risks) nekad: a ~ idea, idea yg berani; a ~ novel, novel yg berani; ~ stuntmen, pencabar maut yg nekad; 2. (of dress) menjolok mata; 3. (of neckline) terlalu mendedahkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
valiantadj berani: he made a ~ attempt to rescue the drowning boy, dia membuat percubaan yg berani utk menyelamatkan budak yg lemas itu; the soldiers were a ~ lot, askar-askar itu ialah orang-orang yg berani.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
audaciousadj 1. daring, bold, berani: an ~ plan, rancangan yg berani; so far no one has been so ~ as to suggest such a move, sehingga ini tdk ada seorang pun yg berani mengesyorkan langkah yg spt itu; 2. impudent, lancang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gallantadj 1. brave, a. (of person) gagah berani, gagah perkasa: a ~ hero, wira yg gagah berani; b. (of deeds) berani; 2. chivalrous, yg bersopan thdp wanita: he is very ~ on social occasions, dlm majlis sosial, dia sungguh bersopan thdp wanita; 3. fine, grand, perkasa: a ~ battleship, kapal perang yg megah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas