Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pi]/[ber.a.pi] | براڤي

Definisi : 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pi]/[ber.a.pi] | براڤي

Definisi : ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapi

Puisi
 

Tanjung Po Tanjung Berapi,
     Api berkilat di mungguk kubur;
Rasa nak beku di dalam hati,
     Melihat tuan iman gugur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bakar tak berapi.

Bermaksud :

Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu yang betul "gunung api" atau "gunung berapi"?Kedua-duanya betul.

gunung berapi ialah gunung yg mengeluarkan lahar, belerang dsb dr mulutnya (kawah).

gunung api ialah keadaan api yang tinggi menggunung.
Istilah01.06.2014
Gugusan pulau di Indonesia sentiasa diancam letusan gunung berapi. Munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TKAyat tersebut tiada kesalahan.Tatabahasa05.09.2012
apa kerja geologist??? boleh x bg detail about geologist.....? adakah kerjaya ini sesuai untuk perempuan......berapa gaji seorg geologist?Geologis ialah ahli kaji bumi yang berkaiatn dengan asal usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi (gunung berapi, hidrologi, batu batan dan mineral). Ahli kaji bumi memerlukan kemahiran sistem maklumat geografi (GIS). Tugas ahli kaji bumi juga berkaitan dengan petroleum dan perlombongan. Tugas ahli kaji bumi sesuai untuk kaum lelaki dan wanita (bagi wanita yang  berminat dan bersedia melakukan kerja lapangan yang lasak). Makna03.04.2008
siapakah pengarang novel tingkatan satu limpahan darah disungai semur?boleh berikan biodatanya?Salam Sejahtera, Nama pengarang novel yang dimaksudkan ialah Zakaria Salleh. Biodata : Tarikh Lahir : 13 Mei 1944 Tempat Lahir : Taiping, Perak Kerjaya : - Pegawai ATM (bersara) - Pegawai Bentara di Parlimen Malaysia Karya : Novel-Malam Berapi di Kalabakan - Pahlawan Gubir - Biografi Seorang Jeneral (Tan Sri Abd. Hamid Bidin) - Limpahan Darah di Sungai Semur Novel Remaja : - Kerana Budi Hati Terpaut - Bosku Kekasihku - Sekeping Hati yang Retak Antologi Puisi : - Selagi Ombak Mengejar Pantai Antologi Cerpen : -Penyertaan Hadiah/Anugerah : - Peraduan Menulis Skrip Drama TV Berunsur Islam (Sagu hati) anjuran Pusat IslamLain-lain16.05.2007
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan IvBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham);  5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah  I, II, dan III.  Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut.Tatabahasa24.06.2010
Apakah perbezaan dia dan ia ?

“Dia” dan “ia” ialah kata ganti nama diri orang ketiga bagi lelaki dan perempuan. Perbezaannya, “ia” juga kata ganti nama bukan manusia. Contoh ayat: 1. Hari ini ia tidak datang ke pejabat. 2.  Lava yang berapi itu mengalir perlahan-lahan dan akhirnya ia berhenti. 3. Ia suatu perkara yang baik buat kami. 

Tatabahasa09.08.2022
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima KasihUntuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.

panas 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik.

hangat 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai.
Makna21.06.2014

Kembali ke atas