Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pi]/[ber.a.pi] | براڤي

Definisi : 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pi]/[ber.a.pi] | براڤي

Definisi : ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapi

Puisi
 

Tanjung Po Tanjung Berapi,
     Api berkilat di mungguk kubur;
Rasa nak beku di dalam hati,
     Melihat tuan iman gugur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bakar tak berapi.

Bermaksud :

Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LETUSAN GUNUNG BERAPI

Letusan gunung berapi, cara gunung berapi mengeluarkan atau meluahkan gas, lava, dan serpihan bahan pepejal ke permukaan.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
GUNUNG BERAPI UMUM 
KUASA GEOTERMA

Kuasa geoterma. Lihat Bekalan tenaga (kuasa

geoterma); Gunung berapi (faedah gunung berapi);

Kuasa elektrik (sumber-sumber lain kuasa

elektrik); New Zealand (Stim panas semula jadi;

gambar).

UMUM 
PARICUTÍN

Paricutín ialah gunung berapi yang paling baharu

terbentuk di Hemisfera Barat. Letaknya berhampiran

bandar Uruapan di barat daya Mexico (lihat Mexico [peta fizikal]).

Nama gunung berapi ini mengambil sempena

nama kampung Paricutín yang musnah

akibat letusan gunung berapi.

UMUM 
MAUNA LOA

Mauna Loa ialah gunung berapi di pulau Hawaii;

Amerika. Ketinggiannya 4196 meter di atas aras laut

dan terletak di Taman Negara Gunung Berapi

Hawaii.

UMUM 
MONT PELÉE

Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di

bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat

Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut.

Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902,

selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah

lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan

cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter

terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak

menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu

runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas

mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint-

Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh.

Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam

bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan

Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung

berapi di atas Mont Pelée.

UMUM 
PICHINCHA

Pichincha gunung berapi yang mempunyai

kawah berkembar setinggi 4784 meter di

Pergunungan Andes di bahagian tengah-utara

Ecuador (lihat Ecuador [peta] ).

UMUM 
POPOCATÉPETL

Popocatépetl ialah gunung berapi yang terletak

kira-kira 64 kilometer di tenggara Mexico City.

Untuk lokasinya, lihat Mexico (peta fizikal).

UMUM 
ACONCAGUA

Aconcagua ialah gunung berapi mati dan gunung

yang paling tinggi di Hemisfera Barat. Tingginya 6959

meter, dan terletak di barat tengah Argentina, dekat

Chile. Pada zaman dahulu, Aconcagua mungkin 300

meter lebih tinggi daripada sekarang. Tetapi

bahagian atasnya telah runtuh dan tidak ada lagi

kesan kawahnya.

UMUM 
EL MISTI

El Misti ialah sebuah gunung berapi berbentuk

kon yang cantik di Selatan Peru.

UMUM 
123456

Kembali ke atas