Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pi.ra.pi]/[ber.a.pi.a.pi] | براڤي -اڤي

Definisi : 1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah, berpendar-pendar, berkunang-kunang: matanya ~, hilang pertimbangan dr hatinya; 2. (dgn) berkobar-kobar, (dgn) bersemangat: saya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan tuan-tuan; 3. marah sekali: cikgu ~ di sekolah tadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pi.ra.pi]/[ber.a.pi.a.pi] | براڤي -اڤي

Definisi : 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapi-api


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
con fuocoberapi-apiKesenianTiadaTempo dalam pergerakan muzik seperti gabungan kekuatan dan kelajuan.
furiosofuriosoMuzikTiada

 Gaya yang meradang dan berapi-api yang biasanya ditulis sebagai con furia.

ardenteardenteMuzikTiada

 Persembahan muzik dalam gaya yang berapi-api dan bertenaga dengan tempo yang pantas.

briosobriosoMuzikTiada

 Persembanan muzik dalam gaya bertenaga dengan semangat yang berapi-apiBrioso biasanya dimainkan dengan tempo yang rancak dan pantas. Singkatan brioso ialah brio.

exhortationpidato gesaanSejarahTiadaUcapan yang dilakukan oleh orang-orang yang berpengaruh yang bernada rayuan, gesaan, nasihat dan berapi-api untuk menarik perhatian khalayak.
demagoguedemagogSejarahTiadaPemimpin atau pemidato zaman silam yang memberi ucapan untuk membangkitkan perasaan orang ramai dan dianggap pejuang kepentingan umum berdasarkan ucapannya yang berapi-api, biasanya golongan plebeian atau marhaen.
ash layerlapisan abuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLapisan yang berkaitan dengan pembakaran sama ada arang atau letusan gunung berapi. Lapisan abu dapat dijadikan bukti penggunaan api oleh manusia untuk tujuan memasak dan keperluan hidup. Lapisan abu dengan jumpaan arang amat berguna dalam kajian arkeologi kerana boleh dilakukan pentarikhan mutlak. Debu gunung berapi pula dapat menunjukkan proses alam semula jadi dan kesannya terhadap manusia dan lingkungan kawasannya. Contohnya, penemuan beras terbakar di Gua Cha (Kelantan) yang bertarikh 900 tahun dan penemuan lapisan abu gunung berapi di Lembah Lenggong (Perak) yang bertarikh 30 000 hingga 34 000 tahun dahulu.

Kembali ke atas