Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.a.ro.ma]/[be.ra.ro.ma] | براروما

Definisi : ada aroma, berbau sedap: masakan yg ~ itu ialah masakan India. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.a.ro.ma]/[be.ra.ro.ma] | براروما

Definisi : mempunyai aroma; berbau sedap: masakan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beraroma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aromaticberaroma; aromatikKejuruteraanTiada1. Beraroma: Memiliki bau yang menyenangkan. 2. Aromatik: Siri sebatian kimia yang atom karbonnya membentuk gelangan tertutup, berbeza dengan siri alifatik.
aromaticberaroma; aromatikPerubatanTiada1. Beraroma: Memiliki bau yang menyenangkan. 2. Aromatik: Siri sebatian kimia yang atom karbonnya membentuk gelangan tertutup, berbeza dengan siri alifatik.
aromaticberaroma; aromatikPerubatanTiada1. Beraroma: Memiliki bau yang menyenangkan. 2. Aromatik: Siri sebatian kimia yang atom karbonnya membentuk gelangan tertutup, berbeza dengan siri alifatik.
aromaticberaroma; aromatikKimiaTiada1. Beraroma: Memiliki bau yang menyenangkan. 2. Aromatik: Siri sebatian kimia yang atom karbonnya membentuk gelangan tertutup, berbeza dengan siri alifatik.
aromatic plantstumbuhan beraromaPertanianAgronomi

Tumbuhan yang mengeluarkan bau yang menyegarkan. Bau tersebut disebabkan oleh kandungan minyak yang terdiri daripada gelangan benzena. Contoh tumbuhan beraroma ialah serai wangi (Cymbopogon nardus) yang menghasilkan minyak sitronela yang diekstrak untuk membuat sabun wangi. Selain itu, minyak sitronela juga boleh digunakan sebagai penghindar serangga. Contoh yang lain ialah pudina (Mentha piperita) yang digunakan untuk menambah perisa kepada makanan.

aromatic planttumbuhan beraromaHerbaFitokimiaTumbuhan yang mempunyai bau pada mana-mana bahagiannya kerana mengandungi minyak pati. Contohnya, daun sirih dan serai wangi. Minyak pati yang terkandung di dalamnya terdiri daripada sebatian yang mudah meruap. Tumbuhan beraroma atau minyak pati yang dihasilkan daripada tumbuhan tersebut digunakan dalam industri minyak wangi, sebagai bahan perasa dan aromaterapi. Lihat juga minyak meruap.
Curcuma longakunyitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba saka dalam famili Zingiberaceae, biasanya ditanam dan mencapai ketinggian sehingga 0.5 meter. Daunnya berbentuk lanseolat, lebar, beraroma, dan tangkai daunnya panjang. Kunyit mempunyai rizom bawah tanah berwarna jingga dan beraroma. Jambak bunga keluar dari celah daun dan tumbuh tegak serta berwarna kehijau-hijauan. Bunganya berwarna putih kekuning-kuningan. Rizomnya yang direbus dengan susu diminum untuk memanaskan badan, membaiki sistem penghadaman, mengurangkan jangkitan saluran kencing, merawat sakit perut, sakit dada dan sakit belakang. Rizom yang direbus dengan bawang putih diminum untuk merawat kembung perut dan cirit-birit bagi kanak-kanak. Kunyit disapu pada hidung untuk mengurangkan selesema. Rizom yang telah dilumatkan dibuat sapuan untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu. Kajian terkini mendapati kunyit berpotensi untuk merawat barah, masalah kulit, radang dan kandungan kolesterol yang tinggi. Kunyit juga digunakan sebagai bahan kosmetik untuk melicinkan kulit dan menaikkan seri muka. Rizom, daun dan bunganya boleh dimakan mentah sebagai ulam, perasa dan pewarna masakan.
aromatic vinegarcuka beraromaKimiaTiadaCuka yang diperoleh melalui penyulingan dietanoat kuprum.
aromatic waterair beraromaKimiaTiadaLarutan berair yang diperoleh melalui penyulingan atau pelarutan minyak atau bahan yang meruap.
aromatic planttumbuhan beraromaPertanianTiadaTiada
123456

Kembali ke atas