Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Nasi sejuk dihurung semut,
     Bawa gonggong meniti petang;
Berasa sejuk kutarik selimut,
     Baru kutahu badan seorang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berjumpa dengan putih,
     terlesi sangat.

Bermaksud :

Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. lesi (lesih) = terlalu putih.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya berasa keliru, yang manakah betul, (berasa bangga dengan atau berasa bangga akan) pencapaian kamiJawapan yang betul ialah berasa bangga akan.Lain-lain25.10.2010
Salam sejahtera khairun nisa', Soalan : apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" Jawapan : Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Merujuk kepada jawapan daripada pihak tuan/pn, boleh disimpulkan bahawa maksud perkataan "berasa" dan "merasa" adalah sama. Penggunaan bahasanya juga adalah sama. contohnya, Saya berasa sakit. Saya merasa sakit. Saya berasa gembira. Saya merasa gembira. Adakah kenyataan saya betul?Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) dan (iii), manakala merasa pula biasanya dikaitkan dengan makna (i)Tatabahasa06.12.2007
Tuan, frasa manakah yang baku antara "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" dengan "berasa puas akan / kepada kemajuan persuratan Melayu"? Saya berpendirian bahawa sendi yang betul "kepada" atau "akan" kerana "kemajuan persuratan Melayu" sasaran rasa "puas" itu walhal sendi nama yang menyatakan sasaran "akan" atau "kepada", maka frasa yang tepat "berasa puas akan / kepada kemajuan persuratan Melayu". Frasa sifat "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" salah kerana sendi nama "dengan" bermaksud "bersama", maka "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" bermaksud seseorang (pelaku FN benda ayat) berasa puas bersama orang "kemajuan persuratan Melayu" ini - ini tidak waras kerana "kemajuan persuratan Melayu" bukan orang, tidak berasa, maka tidak mungkinlah bersama dengan seseorang untuk berasa puas! Maka salahlah penggunaan sendi nama "dengan" dalam frasa ini. Frasa "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" ini bentuk bahasa kelumrahan masyarakat yang patut dibetulkan. Apakah pendapat tuan?Pneggunaan kata sendi yang paling tepat ialah akan. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya: 
1. Wanita itu amat rindu akan anaknya.
2. Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat tumpah darahnya. 

Pada pandangan kami, frasa berasa puas kurang sesuai. Frasa yang yang sesuai ialah berpuas hati.
Tatabahasa22.12.2016
1) Why do the mimosa feel shy? Mengapakah pokok semalu berasa malu? adakah perkataan "berasa" boleh digunakan untuk terjemahan tersebut. 2) Why do tear never run out? adakah terjemahan ini bersesuaian dengan Mengapakah air mata tidak pernah habis? 3) Why do we need to go to the toilet when we're nervous? Mengapakah kita perlu ke tandas apabila berasa gugup/ cemas/ gemmentar/ berdebar-debar? antara perkataan gugup/ cemas/ gementar/ berdebar-debar yang manakah paling sesuai?1. Perkataan berasa tidak sesuai digunakan dalam terjemahan ayat yang diberikan. Dicadangan supaya diterjemahkan kepada Mengapakah pokok semalu seakan-akan malu?

2. Terjemahan ayat yang lebih tepat ialah Mengapakah air mata tidak pernah kering?

3. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan gugup, cemas, gementar dan berdebar-debar boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Tatabahasa05.06.2018
apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa"Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh.Makna03.12.2007
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul?terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti.Tatabahasa25.07.2012
a) Aiman minum air. b) Aiman berasa haus. Ayat Majmuk: 1) Aiman minum air kerana berasa haus. 2) Aiman minum air kerana dia berasa haus. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Aiman minum air kerana dia berasa haus". Perkataan 'dia" digunakan kerana menggantikan Aiman.Tatabahasa09.10.2013
Wilson membeli air kelapa muda KERANA Wilson berasa haus. atau Wilson membeli air kelapa muda KERANA dia berasa haus. atau Wilson membeli air kelapa muda KERANA berasa haus.Ayat majmuk yang betul ialah "Wilson membeli air kelapa muda kerana berasa haus".Tatabahasa19.05.2014
penggunaan perkataan menyesal dan menyesali...maksud dan contoh ayat untuk membezakannyaMenyesal bermaksud berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf. Contoh: Jika tidak lulus, jangan menyesal nanti.

Manakala menyesali pula bermaksud menyesal akan; berasa tidak senang kepada; berasa sesal terhadap. Contoh: Pemandu lori itu menyesali perbuatannya yang cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya. 

Lain-lain11.09.2020
Tuan, tolong jelaskan perbezaan antara merasa dan berasa?keadaan bilakah diperlukan untuk menyebut perkataan merasa dan bilakah pula keadaan untuk menyebut perkataan berasa?Saya keliru dengan perkataan ini dan tidak dapat membezakan situasi penggunaannya.Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan  perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya.Tatabahasa10.01.2012
12345678910...

Kembali ke atas