Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Nasi sejuk dihurung semut,
     Bawa gonggong meniti petang;
Berasa sejuk kutarik selimut,
     Baru kutahu badan seorang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berjumpa dengan putih,
     terlesi sangat.

Bermaksud :

Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. lesi (lesih) = terlalu putih.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neuroleptanalgesianeuro-leptanalgesiaPerubatanTiadaKeadaan yang dialami oleh seseorang apabila diberikan dadah analgesia dan neurolepsis secara serentak. Antara ciri keadaan ini termasuklah moyok, tidak berasa sakit dan tidak berasa sedar akan keadaan sekelilingnya.
tastelesstak berasaPerubatanTiadaTiada
linctuslinktusPerubatanTiadaCecair berubat, berasa seperti sirap, biasanya digunakan dalam rawatan batuk beriritasi.
daphnindafninKimiaTiadaGlukosida berhablur, berasa pahit, terdapat pada tumbuhan genus Daphne, C15H16O9.
chenopodinkenopodinKimiaTiadaSari yang berasa pahit daripada spesies Chenopodium album.
shynesssifat pemaluPentadbiran PerniagaanTiadaSifat berasa aib, hina, rendah diri dan sebagainya pada seseorang.
Madeirawain MadeiraPentadbiran PerniagaanTiadaWain yang berasa manis dan berwarna gelap yang berasal dari pulau Madeira di Portugal.
armagnacarmagnacPentadbiran PerniagaanTiadaBrandi perang yang berasa hambar yang disuling daripada wain anggur dan diperam dalam tong oak.
anxeitykeresahanPerubatanTiadaGangguan emosi apabila seseorang berasa cemas, bimbang dan takut tanpa sebarang rangsangan yang ketara, dan diiringi dengan perubahan fisiologi, misalnya takikardia, perpeluhan dan tremor.
vertigovertigoHerbaFitoterapiGejala yang menyebabkan seseorang berasa persekitaran atau diri sendiri berputar akibat gangguan di bahagian dalaman telinga atau otak. Vertigo boleh merupakan gangguan sementara atau berterusan.
12345678910...

Kembali ke atas