Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sah]/[ber.a.sah] | براسه

Definisi : sudah diasah, sudah digosok (dicanai dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasah

Puisi
 

Sirih kuning naik junjung,
     Mari dikait pisau patah;
Putih kuning turun bertudung,
     Sayang sedikit gigi berasah.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adzebeliungArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBeliung yang wujud pada Zaman Neolitik dan mempunyai pelbagai bentuk, bersegi empat dan segi empat panjang. Beliung mempunyai bahagian mata yang berasah pada satu sisi dan ada juga dikenali dengan nama beliung berparuh. Beliung digunakan dalam bidang pertanian. Di Malaysia, beliung ditemui di Gua Cha, Kelantan. Banding Kapak.
buttpangkalArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahagian belakang alatan batu yang tidak mempunyai sebarang fungsi. Contoh bahagian ini dilihat pada kapak batu, beliung batu atau pahat batu yang bertentangan dengan bahagian mata berasah yang berada di bahagian hadapannya. Bahagian ini lebih jelas jika dilihat dari pandangan atas.
convex-convexcembung-cembungArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBentuk yang biasanya terdapat pada artifak kapak batu pada Zaman Neolitik. Bentuk ini dapat dilihat daripada pandangan sisi dan atas artifak tersebut. Terdapat tiga ciri fizikal pada alatan ini. Pertama, bahagian mata berasah. Kedua, bahagian badan atas dan bawah berbentuk cembung. Manakala ketiga, bahagian mata asahannya landai dan bertemu di bahagian tengah.
axekapakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang digunakan untuk tugasan berat seperti menebang pokok atau menarah perahu. Kapak wujud pada Zaman Neolitik dan Logam. Pada Zaman Neolitik, kapak ada pelbagai jenis, antaranya kapak berbahu, kapak genggam dan kapak bersegi empat. Kapak besi bersoket dan kapak besi bersoket bertangkai panjang dijumpai pada Zaman Logam. Kedua-dua zaman ini mempunyai ciri kapak yang sama, iaitu bahagian mata berasah dan lebar, sementara matanya bertemu di bahagian hujung dan bawah. Banding beliung.

Kembali ke atas