Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sal]/[ber.a.sal] | براصل

Definisi : 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sal]/[ber.a.sal] | براصل

Definisi : 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasal

Puisi
 

Paku ini paku landai,
     Paku berasal dari Jawa;
Barang bini habis digadai,
     Pinjam pula barang mentua.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Suak,
     sungai satu air.

Bermaksud :

Sepupu yang berasal daripada satu keturunan. suak = teluk kecil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berasal dari atau berasal daripada ,yang mana satu betul ?jawapan yang betul ialah berasal dariTatabahasa24.01.2011
- Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak? - Kanang anak Langkau berasal dari Selangor? a) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau Selangor? b) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau dari Selangor? Ayat majmuk (a) atau (b) yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat majmuk yang betul ialah Kanang anak Langkau berasal dari Selangor atau Sarawak? Dalam ayat tersebut, kata sendi nama dari digugurkan.Tatabahasa25.09.2013
Saya ingin bertanya tentang ayat ini 'saya berasal dari NEGERI SEMBILAN' ataupun 'saya berasal dari negeri NEGERI SEMBILAN' saya musykil kerana kebanyakan orang akan menjawab saya berasal dari negeri sembilan sahaja tidak jawab dalam saya berasal dari negeri negeri sembilan sila berikan sebab sekali atas jawapan yang diberi terima kasih .

Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Saya berasal dari Negeri Sembilan"
Lain-lain01.10.2016
Mana patut saya gunakan? 1 Dia berasal dari negeri Pahang. 2 Dia berasal dari Negeri Pahang. 3 Saya membeli-belah di pasar raya Sunshine. 4 Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 5 Dia ialah guru besar SK Air Itam. 6 Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 7 Dia ialah Guru besar SK Air Itam. 8 Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. 9 Dalam majlis itu, Guru Besar memberikan ucapan. 10 Dia berasal dari Negara Jepun. 11 Dia berasal dari negara Jepun. 12 Mak cik Minah berada bersama dengan kami. 13 Mak Cik Minah berada bersama dengan kami.

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1.   Dia berasal dari negeri Pahang.

2.  Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine.

3.  Dia ialah Guru Besar SK Air Itam.

4.  Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. (Nota: guru besar dalam konteks ayat ini ialah  kata nama am dan hendaklah ditulis dengan huruf kecil kecuali dijadikan kata nama khas; Contohnya, Tuan Haji Ahmad, Encik Ah Chong,  Guru Besar Ali SK Air Itam, Profesor Dr. Ah Lin, Dr. Muru, Kapal Diraja Malaysia, Proton Saga dan sebagainya)

5.  Dia berasal dari negara Jepun.

6.  Mak Cik Minah berada bersama dengan kami.

Tatabahasa10.05.2009
Ayat manakah yang betul? A) Ali berasal dari keluarga yang kaya. B) Ali berasal daripada keluarga yang kaya.Ayat yang betul ialah Ali berasal daripada keluarga yang kaya. Daripada ialah kata sendi nama yang menerangkan asal atau sumber sesuatu.Tatabahasa23.05.2011
1. Dia berasal daripada keluarga yang miskin. 2. Dia berasal dari keluarga yang miskin. Ayat di atas yang mana gramatis. Apakah perbezaan cara penggunaan dari dan daripada. Sekian terima kasih.

Ayat yang gramatis,  Dia berasal daripada keluarga yang miskin. - penggunaan dari untuk menunjukkan tempat, arah dan tarikh, manakala daripa menunjukkan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. 

 

Tatabahasa27.01.2011
Salam sejahtera, Yang mana satu betul: (a) telur berasal dari pada unggas betina atau (b) telur berasal daripada unggas betina? Sekian terima kasih!Penggunaan perkataan yang betul ialah telur berasal daripada unggas betina.Tatabahasa02.11.2020
Yang manakah ayat di bawah gramatis dan apakah sebabnya? (a) Ali berasal dari keluarga yang berada. (b) Ali berasal daripada keluarga yang berada.Yang betul ialah Ali berasal daripada keluarga yang berada.Tatabahasa09.03.2007
Salam sejahtera. Kemusykilan (kata nafi) - Yang manakah tepat? a) Dia bukan berasal dari Johor. b) Dia tidak berasal dari Johor. Minta penjelasan. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Dia bukan berasal dari Johor". Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, manakala kata nafi tidak menjadi unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.Tatabahasa25.08.2011
Dalam jawapan kepada saya, 'prestasi' dinayatakn sebagai berasal daripada bahasa Inggeris. Dalam arkib soalan pihak tuan, ada dinayatakan bahawa perkataan tersebut berasal daripada bahasa Jawa. Mohon diperjelas. Terima kasih.Dalam data Tesaurus, prestasi merupakan kata nama yang berasal dari perkataan bahasa Inggeris. Kami memohon maaf atas kekeliruan tersebut. Kami mengambil maklum jawapan dalam Arkib dan mengemas kini data kami.Ejaan03.03.2015
12345678910...

Kembali ke atas