Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sal]/[ber.a.sal] | براصل

Definisi : 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sal]/[ber.a.sal] | براصل

Definisi : 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasal

Puisi
 

Paku ini paku landai,
     Paku berasal dari Jawa;
Barang bini habis digadai,
     Pinjam pula barang mentua.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Suak,
     sungai satu air.

Bermaksud :

Sepupu yang berasal daripada satu keturunan. suak = teluk kecil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pallasitepalasitGeologiTiada1. Sebarang batuan ultramafik, sama ada yang berasal mula meteorit atau yang berasal mula terestrial, yang mengandung hampir 60 peratus besi jika berasal mula meteorik atau mengandungi lebih oksida besi berbanding dengan silika jika berasal mula terestrial. 2. Meteorit besi-berbatu yang terdiri daripada hablur olivin yang terbundar atau teretak di dalam rangkaian nikel-besi.
endogenous nitrogennitrogen endogenVeterinarTiadaNitrogen yang berasal dari tubuh haiwan atau nitrogen yang bukan berasal dari makanan. Dalam najis, bahan ini terdiri daripada sel-sel mati dari permukaan usus, bakteria dan protozoa serta enzim-enzim yang tidak dapat diserap.
primary peridiumperidium primerBiologiMikologiSelaput yang tidak berasal daripada tisu jasad buah yang diselaputinya, tetapi berasal daripada miselium vegetatif biasan yang menyelaputi primordium jasad buah pada peringkat awal pembezaan.
polar frontperenggan kutubMeteorologiMeteorologi PerhubunganPerenggan yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan yang berasal dari tropik. Perenggan ini separa kekal, dan separa berterusan, dan menjadi tempat terbentuknya kebanyakan gangguan siklon latitud tengah.
cementoblastsimentoblasPerubatanTiadaSel yang membentuk matriks organik simentum, yang peringkat awal pembentukannya berasal dari sak gigi tetapi selepas simentosis berasal dari sel membran periodontium.
polar frontperenggan kutubGeologiTiadaPerenggan semiselanjar dan semitetap yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan jisim udara yang berasal dari tropika.
diploiddiploidPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSatu sel atau organisma yang mempunyai dua set kromosom. Satu set berasal daripada bapa dan satu set berasal daripada ibu.
paronymparonimKesusasteraanPuisiPemilihan dan pembentukan diksi yang berasal daripada sumber atau akar yang sama. Khususnya diksi yang diambil daripada bahasa asing yang akhirnya mengalami pergeseran erti. Umpamanya perkataan ilmu dan alima yang berasal daripada bahasa Arab.
polar front theoryteori perenggan kutubGeologiTiadaTeori yang menyatakan bahawa perenggan kutub yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan jisim udara yang berasal dari tropika menyebabkan terjadinya gangguan siklon yang bertambah keamatannya dan bergerak di sepanjang perenggan serta melalui beberapa fasa cirian sejarah kewujudannya.
polar front theoryteori perenggan kutubSainsHidrometeorologiTeori yang menyatakan bahawa perenggan kutub yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan jisim udara yang berasal dari tropika menyebabkan terjadinya gangguan siklon yang bertambah keamatannya dan bergerak di sepanjang perenggan serta melalui beberapa fasa cirian sejarah kewujudannya. Teori ini memulakan suatu era baru analisis atmosfera, dan menjadi asas kepada ramalan cuaca dan meteorologi sinoptik yang paling praktis sehingga kini. Teori ini diasaskan oleh kumpulan ahli meteorologi Scandinavia.
12345678910...

Kembali ke atas