Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sas.kan]/[ber.a.sas.kan] | براساسکن

Definisi : menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sas.kan]/[ber.a.sas.kan] | براساسکن

Definisi : berdasar pd: Seseorang itu dihukum ~ undang-undang dlm negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasaskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, ayat mana lebih tepat? 1) berasaskan kepada prinsip menghargai kejadian manusia. 2) berasaskan prinsip menghargai kejadian manusia.Jawapan yang lebih tepat ialah nombor 2, iaitu "berasaskan prinsip menghargai kejadian manusia".Tatabahasa28.03.2013
Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras?Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. 

Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas,  popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja).
Makna19.06.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ada kekeliruan dengan istilah 'OUTCOMES BASED EDUCATION (OBE)'. BILA ditukarkan dalam bahasa melayu ada dua istilah yang biasa digunakan iaitu 'PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL' atau 'PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL'. Persoalan saya, mana istilah yang paling tepat untuk digunapakai. sekian terima kasihDalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi education ialah pendidikan. Perkataan pembelajaran terjemahan daripada perkataan learning.

Daripada rujukan tersebut, penggunaan yang sesuai ialah Pendidikan Berasaskan Hasil.
Penyemakan dan penterjemahan31.07.2018
Cikgu, berasaskan ayat-ayat di sebelah yang menggunakan kata "beza" dan "perbezaan", ayat yang manakah betul? Atau kedua-dua ayat boleh diterima? 1. Terdapat beza pendapat antara dua orang ahli bahasa itu. 2. Terdapat perbezaan pendapat antara dua orang ahli bahasa itu. Bagaimanakah pula dengan ayat (3) dan (4) di sebelah? 3. Terangkan beza antara sel darah merah dengan sel darah putih. 4. Terangkan perbezaan antara sel darah merah dengan sel darah putih. Berpandukan makna "sifat lain sesuatu benda daripada yang lain", apakah kelainan makna antara kata "beza" dengan kata "perbezaan"?Ayat yang betul ialah Terdapat perbezaan pendapat antara dua orang ahli bahasa itu dan Terangkan perbezaan antara sel darah merah dengan sel darah putih. Sila rujuk Kamus Pelajar atau laman web kami untuk melihat perbezaan makna dan konteks penggunaannya antara perkataan beza dengan perbezaan.Tatabahasa22.02.2015
Apakah padanan yang sewajarnya bagi "processed cereal-based food". Padanan yang diberikan dalam teks yang sedang kami semak ialah " makanan diproses yang berasaskan bijirin". Sama ada yang sepatutnya ialah "makanan berasaskan bijirin yang diproses"?Ayat yang lebih gramatis ialah "makanan berasaskan bijirin yang diproses".Tatabahasa22.07.2021
saya ingin bertanyakan translation bagi "PLANT BASED MINCED MEAT". Seperti dibawah, pilihan manakah yang lebih sesuai untuk digunakan. terima kasih. 1) DAGING KISAR BERASASKAN TUMBUHAN atau 2) DAGING CINCANG BERASASKAN TUMBUHAN.Cadangan terjemahan bagi "PLANT BASED MINCED MEAT" ialah DAGING KISAR BERASASKAN TUMBUHANMakna10.05.2021
tuan, Penggunaan berdasarkan atau berasaskan contoh ayat: Rayuan penetapan gaji permulaan berdasarkan atau berasaskan pengalaman.

Encik Abdul Aziz,

Ayat yang betul ialah berdasarkan pengalaman.

Tatabahasa10.06.2010
Apakah yang dimaksudkan dengan "Modul pembelajaran berasaskan komputer"Modul pembelajaran yang berasaskan komputer dan multimedia sebagai bahan bantuan.Makna30.03.2009
alan : Ayat mana yang betul ? a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif.Ayat yang betul. a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif dapat dihasilkan.Tatabahasa25.08.2014
Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. 1. Adakah tatabahasa ayat di atas betul ? 2. Adakah penggunaan "nya" dalam ayat betul ? Terima kasih.Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. Ayat ini betul.Tatabahasa08.03.2016
12345678910...

Kembali ke atas