Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sid]/[ber.a.sid] | براسيد

Definisi : mengandungi asid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sid]/[ber.a.sid] | براسيد

Definisi : terdapat asid di dlmnya (bkn larutan): minuman ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasid


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAWA

Rawa ialah kawasan tanah yang basah, mampung

yang dicirikan oleh tanah berasid dan ditumbuhi

lumut yang tebal. Di rawa juga terdapat tumbuh-tumbuhan

lain dan banyak tumbuh-tumbuhan yang

telah reput sebahagiannya yang dikenali sebagai

gambut . Kebanyakan rawa terdapat di kawasan

utara, tetapi ia boleh terdapat hampir di seluruh

dunia. Rawa selimut ialah kawasan yang

keseluruhannya diselimuti oleh gambut.

Kebanyakan rawa selimut didapati di Ireland dan

Scotland.

UMUM 
SUNDEW

Sundew ialah tumbuhan luar biasa yang

memerangkap dan menghadam serangga. Ia

mendapat namanya yang bermakna embun matahari

kerana titik-titik bendalir melekit, yang dikeluarkan

oleh kelenjar pada daunnya. Dalam cahaya matahari,

titik-titik bendalir ini berkilau seperti titik-titik

embun. Sundew tumbuh di rawa dan rawang di

seluruh dunia. Sundew biasa atau sundew berdaun

bulat, adalah spesies yang paling meluas tersebar. Ia

tumbuh subur di tanah yang lembap, berasid di

seluruh Hemisfera Utara. Australia mempunyai lebih

daripada 55 spesies sundew. Kebanyakannya hanya

tumbuh di Australia Barat.

UMUM 

Kembali ke atas