Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rat] | برت

Definisi : 1. tekanan benda (apabila ditimbang), ukuran timbangan (sesuatu): cuba timbang supaya diketahui ~ barang itu; 2. tidak ringan, mempunyai tekanan yg kuat (kalau ditimbang): tidak terpikul olehku benda yg ~ itu; 3. sukar (dilakukan, diselesaikan, dsb), sulit, susah: kira-kira serupa itu terlampau ~ bagi murid-murid sekolah rendah; kerja dan tanggungjawab yg ~; 4. amat sangat, kuat: dia sakit ~; 5. menyebelah, memihak; ~ pd (kpd) memihak kpd; ~ sebelah menyebelah kpd satu pihak (tidak adil); 6. bkn novel, drama, dll yg mengisahkan perkara yg serius (spt pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dsb): novel ‘Salina’ karya A. Samad Said ialah sebuah novel yg ~; 7. bkn kesalahan dll yg tidak boleh dianggap ringan atau kecil, serius: membunuh ialah satu kesalahan yg ~; azab seksa yg ~; 8. bkn sikap (pendirian dsb) yg sungguh-sungguh: Mohd Affandi memberi perhatian yg ~ kpd masyarakat dlm tulisannya ini; 9. bkn makanan yg (sangat) mengenyangkan: makanan ~ biasanya membuat kita mengantuk; ~ atom berat sesuatu atom berbanding dgn berat satu atom hidrogen; ~ hati a) enggan, tidak sampai hati: ~ hati ibunya hendak melepaskan Maimunah; b) cenderung (memikirkan, menyangka, dll): ~ hati Ina menyangka bahawa suaminya dlm kemalangan; ~ kepala a) sukar mengerti, sukar belajar; b) susah hati; c) sakit kepala; ~ lidah = ~ mulut pendiam, kurang ramah; ~ mata (lekas) mengantuk; ~ otak susah hati; ~ siku = ~ tangan enggan bekerja (menolong), malas; ~ telinga pekak, kurang jelas pendengaran; ~ tulang malas; ~ sama dipikul, ringan sama dijinjing prb baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat); berapa ~ mata memandang, ~ lagi bahu memikul prb betapa juga susah orang yg melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yg menanggungnya; nan ~ tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing prb orang yg sangat tua dan lemah;berberat mempunyai berat: nanas sarawak ~ sehingga 12 kilogram; memberat 1. menjadi berat: dia berasa sesuatu yg ~ di dlm dadanya; 2. tampak berat, seakan-akan berat: susu kambing itu tergayut-gayut dan ~; ~ isi Kl telah penuh berisi tetapi belum masak (padi, rambutan, dll);memberati 1. memberi beban (kpd), membebani: baiklah aku pergi, mudah-mudahan aku tidak lagi akan ~ keluarga di rumah ini; 2. menambah beban, menyusahkan: hal rumah tangga ~ fikirannya;memberatkan 1. menjadikan berat (beban, kesalahan, tuduhan, dll): urusan yg semacam ini ~ beban saya; keterangan saksi itu ~ kesalahannya; 2. membebankan (menyerahkan kpd): pekerjaan itu tidak boleh diberatkan kpd seseorang sahaja; 3. menganggap penting (tinggi, mulia, dll), mengutamakan, mementingkan: soal taraf lebih diberatkan drpd kepentingan negara; tulisan kritikan sastera Melayu yg ~ aspek agama; memperberat menambah berat, memberatkan lagi; terberat sl dipandang (dianggap) berat (tinggi, mulia, dll): pd bicara patik, baik juga duli paduka Betara menyambut paduka anakanda itu supaya ~ pd mata orang sekalian;keberatan 1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya;berkeberatan keberatan;pemberatan perihal memberati atau memberatkan;pemberat benda (spt batu, timah, dsb) utk memberatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rat] | برت

Definisi : 1 kuat tekanannya apabila diangkat; tidak mudah diangkat atau dibawa: Peti ini tidak terangkat olehnya kerana terlalu ~. 2 besarnya atau kuatnya tekanan sesuatu benda apabila ditimbang: Jalan ini hanya dpt dilalui oleh kenderaan yg ~nya tidak melebihi dua tan. 3 tidak mudah melakukannya; susah: Hitungan semacam ini terlalu ~ bagi kanak-kanak sekolah rendah. 4 terlalu teruk; parah: Penyakitnya setiap hari bertambah ~. 5 lebih besar ukurannya drpd yg biasa: senjata ~ senjata yg besar-besar, spt meriam. ~ badan a. malas bergerak atau malas berusaha. b. sedang hamil (bkn wanita). ~ ekor malas bekerja. ~ hati a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. ~ lidah (mulut) kurang ramah; pendiam. ~ tangan malas bekerja. ~ telinga kurang jelas pendengarannya. memberati menjadikan berat (oleh sesuatu); menjadi sbg beban tambahan kpd: Soal rumah tangga ~ fikirannya. Urusan-urusan di luar pejabat ~ tanggungannya. memberatkan 1 menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat: Ia ~ tali kailnya dgn timah. 2 menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan. 3 menganggap lebih penting; mementingkan: Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya. memperberat menjadikan lebih berat; menambah berat. keberatan 1 sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2 berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. pemberatan perbuatan atau hal memberati atau memberatkan. pemberat sesuatu atau benda yg memberati atau memberatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berat

Puisi
 

Orang barat bermain pedang,
     Mana nak sama batang cangkul;
Mana berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Berat sama dipikul,
     ringan sama dijinjing.

Bermaksud :

Suka duka sama-sama ditanggung.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bone idle, bone lazyadj berat tulang, berat tangan, berat siku, berat kaki.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reticentadj /berat, segan/ hendak bercakap, berat mulut: he was ~ about his early life, dia berat hendak bercakap ttg hidupnya semasa kecil; she seems ~ today, nampaknya dia berat mulut hari ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavy11. hard to do or bear, berat: ~ punishment, hukuman yg berat; ~ taxes, cukai yg berat; ~ responsibility, tanggungjawab yg berat; ~ work, kerja berat; 12. sad, sedih: with a ~ heart, dgn hati yg sedih; 13. serious, (of book, article) berat: this book is ~ reading, buku ini bahan bacaan berat; 14. (of build ) besar; 15. (of food etc) mengenyangkan; 16. (of bread, cake) bantat; 17. (of soil) mampat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavyadj 1. weighty, berat: the load was too ~ for one man, beban itu terlalu berat bagi seorang lelaki; 2. as if weighted, burdened, berat: my head feels ~, kepala saya terasa berat; 3. ponderous, clumsy, lembap, lambat; (of gait, footstep, etc) berat: a ~ tread, langkah yg berat; 4. large and powerful, berat: ~ weapons, senjata berat; ~ guns, meriam berat; ~ vehicle, kenderaan berat; 5. forceful, kuat: a ~ punch, tumbukan yg kuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reticencen /berat, segan/ hendak bercakap, berat mulut: she shows some ~ in telling me about their misunderstanding, nampaknya dia berat sedikit hendak bercakap dgn saya ttg perselisihan mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weightn 1. heaviness, berat: my ~ is 95 kilos, berat saya ialah 95 kilo; apples are sold by ~, epal dijual mengikut berat; it was 2 metres long and 30 pounds in ~, panjangnya 2 meter dan beratnya 30 paun; the chair sagged under his ~, kerusi itu melendut oleh berat badannya; 2. (phys) berat; 3. load to be supported, berat: the pergola collapsed under the ~ of the vine, junjung itu runtuh akibat menampung berat pokok-pokok menjalar; 4. heavy object used to work a mechanism etc, batu timbang: the scales come with their own set of ~s, alat timbang itu lengkap dgn satu set batu timbangnya; a one-pound ~, batu timbang satu paun; 5. object that is heavy, benda berat; (in dress making etc) pemberat: you shouldn’t lift heavy ~s after the operation, kamu tdk harus mengangkat benda berat selepas pembedahan; paper weight, pemberat kertas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exactingadj berat tuntutannya: an ~ supervisor, penyelia yg berat tuntutannya; the airline’s ~ safety standards, piawai keselamatan syarikat penerbangan itu yg berat tuntutannya; nursing is an ~ profession, kejururawatan ialah satu profesion yg berat tuntutannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weight6. system of standard measures of weight, berat: metric ~, berat metrik; 7. large amount or great power, beratnya: the ~ of the evidence seems to point to the guilt of the accused, beratnya keterangan bukti itu nampaknya menunjukkan tertuduh bersalah; 8. value or importance, penting: a person of ~ in the field of education, seorang yg penting dlm bidang pendidikan; a decision of great ~, keputusan yg amat penting; 9. burden, beban: after my father’s death the ~ of responsibility fell upon me, selepas kematian bapa saya, beban tanggungjawab jatuh kpd saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concern4. care, mengambil berat ttg /sso, sst/; ( used with “for”) mengambil berat: I was really surprised when she showed no ~, saya benar-benar terkejut apabila dia tdk mengambil berat; his ~ for the less fortunate was one of his more admirable qualities, sikapnya yg mengambil berat ttg orang-orang yg tdk bernasib baik merupakan sifatnya yg terpuji; 5. affair, urusan: how I spend my money is none of your ~, bagaimana saya membelanjakan wang saya bukan urusanmu; the collection of household rubbish is the ~ of the local council, pemungutan sampah ialah urusan majlis tempatan; what ~ is it of so., apa kena-mengenanya dgn kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
partisan adj biased, berat sebelah: his comments are very ~, komennya terlalu berat sebelah; a ~ attitude, sikap berat sebelah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas