Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.tap]/[ber.a.tap] | براتڤ

Definisi : mempunyai (memakai) atap, dibu­buh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.tap]/[ber.a.tap] | براتڤ

Definisi : mempunyai atap: Rumah yg baru didirikan itu belum ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beratap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Rumah batu di tepi sawah itu beratap/beratapkan genting. Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? 2. Izana berkhidmat sebagai sukarela di rumah kebajikan. Adakah ayat ini betul? Tolong tuan terangkan jika ayat ini salah. 3. Cahaya lampu yang tersilau/menyilaukan itu menyakitkan mata saya. Bolehkah tuan menerangkannya kepada saya. Sekian terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah "Rumah batu di tepi sawah itu beratapkan genting."

Bezanya adalah seperti berikut:

  • beratap" title="beratap">beratap

    mempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~;
  • beratapkan

    mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting;
  •  

    2. Ayat yang betul ialah "Izana berkhidmat secara sukarela di rumah kebajikan."

    3. Ayat yang betul ialah "Cahaya lampu yang menyilaukan itu menyakitkan mata saya."

  • menyilaukan

    menyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu sungguh ~ mataku;
  • tersilau

    menjadi silau;
  •  

    Tatabahasa07.12.2009
    YANG MANA SATU ISTILAH YANG BETUL: NAMA BAGI LALUAN BERATAP- SUSUR GAJAH ATAU GAJAH MENYUSURKedua-dua istilah ini tiada  dalan pangkalan data DBP. Istilah tersebut digunakan oleh masyarakat tertentu dalam percakapan harian dan tidak digunakan dalan tulisan rasmi.  Istilah yang boleh digunakan untuk tujuan rasmi ialah "laluan pejalan kaki berbumbung" atau laluan pejalan kaki berkanopi".Istilah31.08.2016
    Adakah ayat-ayat berikut betul? 1.Ibu bapa diminta jangan meletak kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana itu merupakan tempat letak bas sekolah. 2.Ibu bapa harus membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke banggunan sekolah. 3.Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin. 4.Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin semasa waktu lepas sekolah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I harus mengikut barisan berbaris ke tempat letak kereta dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta. 5.Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik darjah anak tanpa kebenaran pihak sekolah. 6.Dilarang semua murid menunggu kereta di luar pagar sekolah.

    Ayat yang betul ialah:

    1. Ibu bapa dilarang meletakkan kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana petak itu dikhaskan untuk bas sekolah.

    2. Ibu bapa hendaklah membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke bangunan sekolah.

    3. Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin sekolah.

    4. Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin selepas sesi persekolahan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I hendaklah berbaris dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta.

    5. Ibu bapa dilarang masuk ke bilik darjah  tanpa kebenaran pihak sekolah.

    6. Semua murid dilarang menunggu kereta/bas di luar pagar sekolah.

    Tatabahasa23.04.2011

    Kembali ke atas