Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.tur]/[ber.a.tur] | براتور

Definisi : 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~ di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur ~ dgn baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.tur]/[ber.a.tur] | براتور

Definisi : bersusun dgn baik; berbaris: Tiap-tiap pagi, murid-murid ~ di padang sebelum masuk ke bilik darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beratur

Puisi
 

Tanjung Rhu di hujung tanah,
     Pokoknya beratur seperti jambangan;
Kematian Mahsuri kerana fitnah,
     Kini hanya tinggal kenangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Adat diisi,
     lembaga dituang.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah diadatkan. (Bandingkan dengan: Adat bertentu, bilang beratur).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat susunan biasa: Murid murid beratur di luar kelas. Jika tukar kepada ayat songsang ialah: (1) Di luar kelas murid-murid beratur ATAU (2) Beratur di luar kelas murid-murid. Ayat songsang 1 atau ayat songsang 2 betul? Minta penjelasan berkaitan dengan ayat songsang, terima kasih.Tiga ayat songsang yang boleh dihasilkan daripada ayat ‘Murid-murid beratur di luar kelas’ adalah seperti yang berikut:
(1) Beratur di luar kelas murid-murid.  (pendepanan seluruh predikat)
(2) Beratur murid-murid di luar kelas.  (pendepanan frasa kerja)
(3) Di luar kelas murid-murid beratur.  (pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat
Tatabahasa22.08.2017
Adakah ayat-ayat berikut betul ? (1)Aril beratur di kaunter pembayaran untuk membayar harga buku-buku yang dibelinya. (2)Aril beratur di kaunter pembayaran untuk membayar buku-buku yang dibelinya. (3)Aril beratur di kaunter pembayaran untuk membuat bayaran.Ayat yang betula ialah "Arif beratur di kaunter pembayaran untuk membayar buku-buku yang dibelinya.Tatabahasa24.07.2014
Ali sedang beratur membeli mi. ATAU Ali sedang beratur untuk membeli mi. Ayat yang mana betul? T. KasihAli sedang beratur untuk membeli mi.Tatabahasa15.03.2010
selamat sejahtera. 1. Murid-murid beratur membeli makanan di kantin. 2. Murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin. 3. Murid-murid beratur untuk membeli makanan di kantin. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? kalau ayat 1 betul. harap dapat penjelasan sikit daripada pihak tuan. terima kasih.Semua ayat betul kecuali ayat 1.Tatabahasa29.10.2018
Adakah setiap atau tiap-tiap dan masing-masing blh digunakan dlm ayat yg sama? 1)Tiap-tiap / setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah. 2)Tiap-tiap / setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah masing-masing. 3)Murid-murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah. 4) Murid-murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah masing-masing.Setiap dan tiap-tiap mempunyai maksud yang sama, iaitu satu-satu daripada banyak, masing-masing.

Ayat yang paling sesuai digunakan ialah:  Setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah.

Makna21.01.2022
Cikgu meminta murid-murid berdiri tegak semasa beratur. Cikgu meminta murid-murid supaya berdiri tegak semasa beratur. Ayat yang mana satu baru betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Cikgu meminta murid-murid berdiri tegak semasa beratur.Tatabahasa01.10.2021
Salam sejahtera ! Soalan 1 a) Murid-murid tahun 1 dan tahun 2 beratur pergi ke dewan. b) Murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 beratur pergi ke dewan Ayat yang mana betul ? 2. Apakah perbezaan asyik dan leka1. Murid-murid tahun 1 dan 2 beratur untuk pergi ke dewan.
2. Kedua-duanya membawa maksud yang sama dan silih berganti
Tatabahasa15.02.2017
1.Murid-murid beratur (di kantin )semasa membeli makanan. 2.Murid-murid beratur semasa membeli makanan( di kantin). Adakah kedua-dua struktur ayat ini betul dan tepat?Kedua-dua struktur ayat tersebut betul. Keterangan dalam frasa kerja (Predikat) menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi.Tatabahasa16.05.2013
Saya ingin bertanya,adakah ayat di bawah ini betul?Terima kasih. Murid-murid beratur di kantin sekolah untuk membeli makanan dengan berdisiplinnya.Ayat yang betul ialah Murid-murid beratur di kantin sekolah untuk membeli makanan dengan berdisiplin atau Murid-murid berdisiplin dengan beratur untuk membeli makanan di kantin sekolah. Tatabahasa20.10.2014
Penggunaan kata perintah "tolong" "sila". Ayat manakah yang betul ? 1. "Tolong beratur di luar dewan, " kata guru pengiring kepada murid-muridnya. ATAU 2. "Sila beratur di luar dewan, " kata guru pengiring kepada murid-muridnya. Terima kasih.kedua-dua ayat adalah betulTatabahasa25.06.2014
123

Kembali ke atas