Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.au.to.ri.ti] | براءوتوريتي

Definisi : mempunyai autoriti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.au.to.ri.ti] | براءوتوريتي

Definisi : mempunyai autoriti: Beliau tidak ~ utk mengeluarkan arahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berautoriti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
rujukan paling baik dan sesuai untuk terjemahan dari melayu ke inggeris atau inggeris ke melayu?Dalam konteks di Malaysia ada dua badan berautoriti yang melaksanakan fungsi penterjemahan, iaitu Institut Terjemahan Negara dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM). Khidmat penterjemahan juga banyak dibuat oleh penterjemah bebas dan juga laman web. Walau bagaimanpun DBP tidak mempunyai maklumat tentang perkhidmatan tersebut. Lain-lain10.02.2012
Terdapat banyak terjemahan bagi "International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination" (ICERD) dalam media tempatan termasuk pihak kerajaan. Apakah terjemahan sesuai bagi istilah ini bagi pendapat pihak DBP?Terjemahan untuk nama konvensyen merupakan nama khas yang telah dipersetujui oleh pihak yang berautoriti. Dari sudut bahasa, kami mencadangkan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum memandangkan setiap perkataan bahasa Inggeris ICERD mempunyai padanan dalam bahasa Melayu.Lain-lain23.11.2018
Selamat sejahtera, Adakah "tepian tulang belakang" sesuai bagi terjemahan "binding edge"?Bolehkah perkataan/frasa ini boleh diubah kepada "tepian belakang" sahaja? "tulang belakang" kedengaran pelik. Mohon penjelasan dan semoga perkataan ini boleh disemak semula kepada frasa yang lebih baik. Terima kasih.Kami mengambil maklum cadangan puan. Untuk makluman, padanan tersebut telah melalui jawatankuasa yang berautoriti memberikan padanan bahasa Melayu bagi sesuatu istilah.Penyemakan dan penterjemahan21.05.2015
Jika kita nak tulis deskripsi sesebuah surat hakmilik, betulkah jika kita tulis: contoh: Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Negeri Sembilan atau Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Sembilan? Kerana kita perlu masukkan perkataan seperti Bandar, Pekan, Mukim, Negeri dsb di hadapan. Oleh itu, untuk Negeri Sembilan perlu ada Negeri Negeri Sembilan juga ke?

Persoalan ini melibatkan implikasi perundangan dan untuk mendapatkan jawapan yang tepat soalan ini  perlu diajukan kepada pihak yang lebih berautoriti  seperti  pejabat tanah, dan mahkamah yang berkaitan.

Lain-lain16.06.2022
Dari segi realisasi fonetik, adakah "dialek Johor-Riau" yang digunakan pada zaman sekarang ini sama sepenuhnya dengan "dialek Johor-Riau" pada 100 tahun lepas? Jika ada apakah perbezaannya?Sudah pastilah realisasi fonetik atau sebutan bagi dialek Johor-Riau pada 100 tahun lalu tidak sama sepenuhnya dengan dialek Johor-Riau kini. Perkembangan dan kepesatan perbendaharaan kata sekarang ini menjadi salah satu faktor perbezaannya. Apatah lagi perancangan bahasa standard atau baku bagi tujuan keselarasan ejaan dan sebutan telah dilaksanakan dengan giat oleh organisasi yang berautoriti iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal yang sama berlaku juga di negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam, semuanya bergerak pantas.Lain-lain10.04.2023

Kembali ke atas