Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.gai] | برباݢاي

Definisi : berbanding, bersamaan: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tiada ada ~ pd masa itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.gai] | برباݢاي

Definisi : ada bandingnya; ada sepertinya; ada persamaannya: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tidak ~ pd masa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbagai

Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan penggunaan perkataan "pelbagai" ,berbagai dan berbagai-bagaiMengikut Kamus Dewan Edisi 4 berbagai bermaksud berbanding,bersamaan. Pelbagai dan berbagai-bagai bermaksud berbagai-bagai,beberapa jenis. Dalam konteks penggunaan untuk maksud beberapa jenis kata yang tepat ialah pelbagai atau berbagai-bagai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4, hal. 102.Lain-lain25.05.2010
Salam sejahtera.Adakah berbagai-bagai jenis atau berbagai-bagai betul?Terima kasih.Jawapan yang betul ialah "Apakah berbagai-bagai jenis ...". Walau bagaimanapun, mohon tuan/puan memberikan soalan yang lebih jelas untuk pihak kami memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan konteks tersebut.

Tatabahasa08.11.2023
adakah terdapat perbezaan antara pelbagai jenis barang dan berbagai-bagai jenis barang dan berbagai-bagai barang serta pelbagai barang? penggunaan jenis dalam frasa tersebut perlu atau bersifat lewah? macam mana ngan penggunaan berbagai-boleh digunakan untuk membilang ke? tq

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara makna kata bagai ialah jenis. Kata pelbagai bermaksud berbagai-bagai,beberapa jenis. Sila rujuk halaman 102. Oleh yang demikian, sudah memadai apabila kita menggunakan frasa pelbagai barang atau berbagai-bagai barang. Kata berbagai pula bermaksud berbanding, bersamaan dan bukan digunakan untuk membilang.  

  

Tatabahasa28.01.2008
Mana yang betul pelbagai bangsa berbagai bangsa ?Berbagai-bagai bangsa atau pelbagai bangsa yang betul.Tatabahasa28.10.2009
Apakah perbezaan perkataan "pelbagai" dan "berbagai"? Bagaimanakah pula dengan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. Adakah terdapat perbezaan dari segi cara penggunannya. Sekian, terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 berbagai bermaksud berbanding,bersamaan. Pelbagai bermaksud berbagai-bagai,beberapa jenis. dalam konteks penggunaan untuk bermaksud beberapa jenis kata yang tepat ialah pelbagai atau berbagai-bagai. Sila rujuk Kamus Dewan edisi 4, hal. 102.Tatabahasa31.07.2007
Bolehkah anda tolong jelaskan penggunaan perkataan 'pelbagai' dan 'berbagai-bagai' dalam sesuatu ayat? terima kasih

Pelbagai bermaksud berbagai-bagai atau beberapa jenis. Contoh ayat: Pelbagai jenis kuih-muih dijual di bazar Ramadan ataupun Berbagai-bagai jenis kuih-muih dijual di bazar Ramadan.

Tatabahasa20.08.2010
Wujud atau tidak perkataan perbagai yang bermaksud berbagai-bagai/pelbagai. Pelbagai jenis barang atau pelbagai barang ?Mengikut Kamus Dewan Edisis Keempat kata pelbagai, perbagai perbagai-bagi bermaksud berbagai-bagai, beberapa jenis. Yang lazim atau yang telah m,antap penggunaannya ialah berbagai-bagai atau pelbagai seperti dalam penggunaan pelbagai barang. Kata pelbagai sudah membawa maksud beberapa jenis.     Makna19.03.2008
1.Adakah Berbagai-bagai dan pelbagai betul? terima kasih

Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.Terima kasih.

Lain-lain11.03.2010
berbagai-bagai jenis barangan dijual di pasaraya itu. adakah berbagai-bagai barangan atau berjenis-jenis barangan juga betul digunakan ? terima kasihBoleh digunakan.Tatabahasa13.04.2010
Adakah berbagai-bagai itu tergolong dalam kata bilanganBerbagai-bagi tidak tergolong dalam kata bilangan dan membawa maksud bermacam-macam atau berjenis-jenis.Tatabahasa03.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas