Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.gai] | برباݢاي

Definisi : berbanding, bersamaan: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tiada ada ~ pd masa itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.gai] | برباݢاي

Definisi : ada bandingnya; ada sepertinya; ada persamaannya: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tidak ~ pd masa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbagai

Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
achromatic lenskanta akromatikKimiaTiadaKanta majmuk yang terdiri daripada dua atau lebih kanta yang berbagai-bagai bentuk daripada berbagai-bagai bahan.
intensity-duration curvelengkung kelebatan-jangka masaHidrologiTiadaLengkung yang menunjukkan kebarangkalian iklim berbagai kadar kerpasan jangka pendek bagi berbagai jangka masa kerpasan di suatu tempat tertentu. Selalunya beberapa lengkung ditunjukkan, setiap satu menggambarkan suatu kekerapan kejadian tertentu atau tempoh ulangan yang dinyatakan dalam kiraan tahun.
eddy spectrumspektrum pusarSainsHidrometeorologiTaburan frekuensi pusar yang berbagai-bagai saiz atau skala dalam suatu aliran yang bergolak, atau taburan tenaga kinetik antara pusar yang berbagai-bagai frekuensi atau saiz.
viscometer/ viscosimetermeter kelikatanKejuruteraanPetroleumAlat yang digunakan untuk menentukan kelikatan bendalir atau ampaian. Terdapat berbagai-bagai jenis meter kelikatan dengan berbagai-bagai cara pengukuran, misalnya meter kelikatan Stormer, meter kelikatan tunjuk terus dan meter kelikatan kelikatan-graviti.
adhesive plasterplaster pelekatKimiaTiadaKepingan yang biasanya dibuat daripada kapas berjalin dalam berbagai-bagai ukuran, yang disapu dengan pelekat pada salah satu permukaannya dan digunakan dalam perusahaan untuk berbagai-bagai tujuan.
wage structurestruktur upahPentadbiranTiadaSkim bayaran upah yang disediakan oleh majikan atau organisasi yang menunjukkan pertalian antara berbagai-bagai jenis tingkat upah dengan berbagai-bagai jenis pekerjaan.
production loglog pengeluaranKejuruteraanPetroleumKaedah pengelongan telaga yang mengukur dan merakam aliran bendalir yang melalui peranti petunjuk yang ditempatkan pada berbagai-bagai-bagai kedalaman dalam telaga pengeluaran atau telaga suntikan. terdapat berbagai-bagai jenis alat yang digunakan yang diturunkan sebagai unit tunggal atau secara gabungan. Antara parameter-parameter yang dirakam adalah besarnya aliran, idensiti aliran, suhu, dan profil ukuran lubang. Antara tujuan pengelogan ialah untuk memeriksa keteguhan dan kesempurnaan alat-alat dalam telaga, kesempurnaan lapisan simen, prestasi telaga dan penilaian formasi.
meranti merah tuameranti merah tuaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu merah tua yang ringan, dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk nemesu, seraya, dan berbagai-bagai nama meranti; di Sabah ialah ubah suluk, dan berbagai-bagai nama seraya; dan di Sarawak pula disebut dengan berbagai-bagai nama meranti. Spesies utamanya termasuk Shorea curtisii, S. ovata, S. pauciflora, dan S. platyclados. Gubal kayu meranti jenis ini berwarna merah jambu dan tidak banyak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah tua atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jenis ini mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Kayu meranti merah tua merupakan kayu Malaysia yang paling terkenal, dan sesuai untuk pelbagai kegunaan, seperti perabot kemasan dalaman yang bermutu tinggi, lantai dan dinding, pintu dan tingkap, akyu kumai, venir, dan papan lapis.
mouldingkayu kumaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu panjang yang telah dipotong dengan menggunakan mesin kumai dan permukaannya dibentuk menjadi berbagai-bagai rupa bentuk kontur untuk tujuan hiasan. Kayu kumai banyak digunakan untuk membuat dinding, siling, perabot, dan berbagai-bagai kegunaan hiasan dalaman yang lain.
polynomialberbagai penulis; polinomialGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas