Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.ha.ya] | بربهاي

Definisi : boleh mendatangkan bahaya, dlm (terancam oleh) bahaya: janganlah dikerjakan pekerjaan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.ha.ya] | بربهاي

Definisi : ada bahayanya: Jangan kamu pergi mandi-manda di lombong-lombong kerana itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbahaya

Peribahasa

Melangkahi ular.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang sangat berbahaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ombak besar itu sungguh berbahaya. Ayat di atas betul ? Betulkah menggunakah "berbahaya" ? atau merbahaya?Ayat tersebut betul kerana perkataan yang betul ialah berbahaya (bukan merbahaya).Tatabahasa09.03.2012
Tuan, apakah jenis frasa bagi frasa "sangat berbahaya"? Saya merasakan frasa ini salah kerana kata "berbahaya" kata kerja, jadi tidak boleh menerima kata penguat, kerana kata penguat hanya digunakan dengan kata sifat (kata adjektif). Adakah frasa ini salah? Apakah beza frasa "sangat berbahaya" dengan "sangat bahaya"?Kedua-dua frasa sangat bahaya dan sangat berbahaya boleh digunakan.


Dalam bahasa Melayu, aspek makna pada perkataan yang berawalan beR- akan dibuat mengikut jenis golongan kata bagi kata dasar yang bergabung dengannya, iaitu sama ada kata kerja, kata nama atau kata adjektif. Imbuhan beR- yang digabungkan dengan kata adjektif membawa pengertian berada dalam keadaan. Untuk lebih lanjut, puan boleh rujuk halaman 169, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Tatabahasa24.03.2015
Apakah bezanya perkataan 'merbahaya' dan 'berbahaya' dan bagaimanakah penggunaannya?

Encik Choo,

 

Perkataan yang betul ialah berbahaya. dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'mer', tetapi imbuhan 'ber'. Contoh penggunaan: Jalan raya itu berbahaya kepada orang awam kerana banyak kenderaan berat menggunakan jalan ini.  

Tatabahasa16.04.2010
Selamat petang. Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, ayat yang betul ialah:

1. Mereka sering menunggang motosikal di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.
2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya.
Lain-lain09.06.2023
Salam.. Kesesuaian ayat pada papantanda.. i) 'Selekoh Merbahaya' atau 'Selekoh Berbahaya'

Salam sejahtera,

Perkataan yang betul ialah berbahaya. dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'mer', tetapi imbuhan 'ber'. Contoh penggunaan: Jalan raya itu berbahaya kepada orang awam kerana banyak kenderaan berat menggunakan jalan ini.


Jadi, jawapan yang tepat ialah 'Selekoh berbahaya'

Tatabahasa11.11.2012
Cikgu DBP, kenapakah "merbahaya" adalah salah dan "berbahaya" adalah betul?
Perkataan yang betul ialah berbahaya. dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'mer', tetapi imbuhan 'ber'. Contoh penggunaan: Jalan raya itu berbahaya kepada orang awam kerana banyak kenderaan berat menggunakan jalan ini.  
Ejaan19.05.2014
kawasan berbahaya atau merbahaya

Encik Pragashmurugan,

Yang betul ialah kawasan berbahaya.

 

Tatabahasa29.12.2009
Mana yang betul? 1. Mengesan gas berbahaya. 2. Mengesan gas merbahaya.Mengesan gas berbahaya.
 
Dalam tatabahasa bahasa Melayu, tiada imbuhan mer-.
Tatabahasa05.09.2012
Betulkah penggunaan perkataan 'merbahaya' dalam ayat di bawah ini. 1. Awas, merbahaya! (Biasanya ia terdapat pada lori penghantar minyak- Petronas) 2. Kawasan larangan, merbahaya.Ejaan yang tepat ialah berbahaya.

1. Awas, berbahaya!
2. Kawasan larangan dan berbahaya.
Ejaan21.07.2013
Kehadiran partikel ini bukan calang-calang berbahaya kepada semua organisma di bumi ini. (tuan, adakah ayat ini gramatis? tq)Ayat yang betul ialah 'Kehadiran partikel ini sangat berbahaya kepada semua organisma di bumi ini.'Tatabahasa15.08.2011
12345

Kembali ke atas