Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.ha.ya] | بربهاي

Definisi : boleh mendatangkan bahaya, dlm (terancam oleh) bahaya: janganlah dikerjakan pekerjaan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.ha.ya] | بربهاي

Definisi : ada bahayanya: Jangan kamu pergi mandi-manda di lombong-lombong kerana itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbahaya

Peribahasa

Melangkahi ular.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang sangat berbahaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
restriction of hazardous substance (RoHS)penyekatan bahan berbahayaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauArahan mengehadkan penggunaan bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Penyekatan bahan berbahaya bertujuan untuk melindungi alam sekitar dan kesihatan awam.
hazard treespokok berbahayaPertanianAgroteknologiPokok-pokok yang mempunyai risiko menyebabkan kerosakan kepada harta benda atau mencederakan manusia kerana mempunyai beberapa ciri yang berbahaya. Contohnya, pokok besar yang ditanam di tepi jalan yang dahannya mudah patah atau pokok yang akarnya tidak kuat dan mudah tumbang apabila ditiup angin kencang. Suatu masa dahulu, pokok angsana banyak ditanam di Kuala Lumpur tetapi kini tidak lagi ditanam kerana sifatnya yang mudah tumbang dan mempunyai dahan yang rapuh. Contoh lain ialah pokok pompom yang juga berbahaya kerana buahnya mempunyai racun. Selain itu, pokok-pokok yang diserang penyakit dan perosak juga dianggap sebagai pokok berbahaya kerana dahannya mudah patah dan boleh merosakkan harta benda.
catalytic converterpenukar bermangkinKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang terdapat dalam sistem ekzos yang mengandungi mangkin aktif. Alat ini berperanan menukarkan gas ekzos berbahaya menjadi kurang berbahaya melalui proses tindak balas kimia.
dangerous drugdadah berbahayaHerbaPeraturan dan PemasaranUbat atau bahan yang memudaratkan seperti dalam senarai Akta Dadah Berbahaya 1952. Contohnya ialah opium, koka, ganja dan marijuana.
potentially hazardous foodmakanan berpotensi berbahayaMakanan dan PemakananMakananMakanan yang berpotensi untuk dicemarkan oleh mikroorganisma toksigen seperti Clostridium botulinum dan Salmonella enteritidis. Contoh makanan berpotensi berbahaya ialah daging, telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu. Oleh itu, makanan jenis ini memerlukan kawalan suhu dan tempoh masa penyimpanan tertentu bagi memastikan makanan ini selamat untuk dimakan.
Dangerous Drug Act 1952Akta Dadah Berbahaya 1952HerbaPeraturan dan PemasaranAkta yang memperuntukkan pengawalseliaan pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan, dan penggunaan opium serta beberapa ubat atau bahan berbahaya yang lain. Akta ini turut membuat peruntukan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah.
hazardous materialbahan berbahayaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSebarang bahan yang berpotensi membahayakan manusia, haiwan atau alam sekitar hasil tindak balasnya sendiri atau interaksi dengan bahan lain atau dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang lain. Bahan berbahaya mesti dikendalikan mengikut akta yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
ciri pseudaposematikpseudaposematic characterBiologiEkologiBentuk, atau warna amaran palsu pada haiwan, apabila haiwan yang tidak berbahaya mempunyai keserupaan dengan haiwan yang berbahaya atau beracun. Dengan ini haiwan yang berkenaan akan mendapat perlindungan kerana pemangsa akan mengabaikan kedua-duanya. Misalnya, warna ular yang tidak berbisa menyerupai ular berbisa, dengan ini ular yang tidak berbisa itu dapat mengelakkan dirinya daripada musuh.
disinfectantbahan penyahjangkitBiologiEkologiBahan yang digunakan untuk memusnahkan mikroogranisma yang berbahaya. Bahan penyahjangkit yang paling berkesan ialah agen pengoksidan, seperti klorin dan ozon, yang digunakan untuk membersihkan air yang tercemar daripada mikroogranisma yang berbahaya. Contoh bahan penyahjangkit dagangan ialah klorin yang dimasukkan ke dalam empangan air.
exhaust gasgas ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinGas terbakar dan tidak terbakar yang tinggal selepas proses pembakaran dalam silinder enjin. Kandungan gas ini merangkumi pancaran ekzos yang berbahaya dan gas yang tidak berbahaya seperti oksigen berlebihan dan wap air. Komposisi sebenar gas ini bergantung kepada jenis bahan api, nisbah udara dan bahan api, suhu dan keadaan kebuk pembakaran, serta parameter operasi enjin seperti pemasaan injap dan pencucuhan. Lihat juga pancaran ekzos.
12345678910...

Kembali ke atas