Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.ju] | برباجو

Definisi : memakai baju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbaju

Puisi
 

Tuan haji berbaju jubah,
     Turun ke padang menembak rusa;
Tuan mengaji memuji Allah,
     Tuan sembahyang mengampun dosa.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Memperlihatkan kurus tidak berbaju.

Bermaksud :

Membuka rahsia diri sendiri kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
-------, budak berbaju biru itu Amri! yang manakah jawapan yang sesuai 'Oh' atau 'Eh'. minta pencerahan.Terima kasih.Kedua-dua kata seruan yang tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat itu.Tatabahasa09.03.2015
cindai

Sdr. Ibnu Salam,

CINDAI membawa maksud -  1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll).

 

Makna04.10.2010
apakah yang dimaksudkan dengan gubir?Menurut Kamus Dewan, gubir membawa maksud gelambir iaitu : kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya: perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. = menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir.Makna21.02.2013
salam.. saya ingin bertanya.. apakah fungsi 'yang' selain berfungsi sebagai kata hubung.. adakah ayat ini betul dalam penggunaan 'yang'.. Azim mengayuh basikal sambil melihat kanak-kanak yang lain bermain. terima kasih.Selain berfungsi sebagai kata hubung, perkataan "yang" juga berperanan sebagai frasa nama.  Contoh 1.Yang kurik kundi, Yang merah saga. 2. Yang berbaju merah itu adik saya.
Untuk contoh ayat "Azim mengayuh basikal sambil melihat kanak-kanak yang lain bermain", jika ayat ini tiada kaitan dengan ayat sebelumnya, perkataan "yang" tidak perlu.  Cukup sekadar "kanak-kanak lain bermain."
Tatabahasa15.11.2016
Salam... Saya ingin bertanya dan fahami akan penggunaan imbuhan 'ber' dan 'be' dalam membuiat ayat. Bolehkah pihak tuan menerangkan kesesuaian penggunaan imbuhan tersebut semasa membuat ayat.Dalam bahasa Melayu, awalan yang ada ialah awalan ber sahaja, tidak ada awalan be. Awalan ber membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif , sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Contohnya berangkat, berbaju, berlari, berfikir dsbnya. Apabila ber bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi. Contohnya ber + rasa = berasa, ber + raja = beraja. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 161.Tatabahasa02.02.2010
Assalamualaikum. Tuan, apa fungsi imbuhan pe-, me- dan be-/ber- secara tuntasnya? Terima kasih.Imbuhan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contohnya, petinju. Yang kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Contohnya, pekebun atau petani.

Imbuhan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif yang apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf seperti m, n, ny, ng, r, l, w, y, p,t, k dan s. Contohnya, memasak, menanti, menyala, menganga, memesan dan mewangi. (Rujuk dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu halaman 146-147)

Imbuhan be-/beR- juga membentuk kata kerja. Perkataan-perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja tak transitif sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Pada dasarnya, terdapat satu bentuk awalan beR-  yakni ber- yang digabungkan dengan semua kata dasar. Contohnya, berangkat, berbaju, berfikir, bergelut, berjiran dan berlari. (Rujuk dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu halaman 156-165)
Tatabahasa18.07.2018

Kembali ke atas