Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.kat] | برباکت

Definisi : 1. mempunyai kebolehan semula jadi: murid yg ~; 2. berbekas: kepalanya ~ kerana ia memakai songkok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.kat] | برباکت

Definisi : mempunyai kebolehan semula jadi; mempunyai bakat: Si kecil itu sungguh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbakat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KANAK-KANAK BERBAKAT

Kanak-kanak berbakat merupakan golongan

kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan otak

yang tinggi ataupun mempunyai daya kreatif yang

luar biasa – atau kedua-duanya – dalam satu

ataupun dua bidang.

UMUM 
MENUHIN, SIR YEHUDI

Menuhin, Sir Yehudi (1916–1999), pemain

violin Amerika yang sangat berbakat luar biasa

semenjak kanak-kanak lagi. Dia menggalakkan

gubahan muzik kontemporari serta

menghidupkan semula muzik zaman lampau yang

telah terpinggir tetapi bernilai. Dia

menggabungkan gaya muzik klasik yang telah

dipelajarinya pada peringkat awal, dengan muzik

jaz, muzik dari India, serta dari negara-negara lain.

UMUM 
SARDOU, VICTORIEN

Sardou, Victorien (1831–1908) ialah salah seorang

daripada penulis drama Perancis yang berjaya pada

zamannya. Dia juga berbakat menulis komedi ringan

( A Scrap of Paper, 1860), melodrama ( La Tosca, 1887)

dan drama sejarah ( Madame Sans–Gêne, 1893).

Karya Sardou adalah contoh drama yang baik

yang dibina dengan berhati-hati berdasarkan

formula yang menjadikan plotnya jelas dan teratur

tetapi tidak mengandungi makna yang mendalam.

Kebanyakan karya Sardou ditulis untuk pelakon

wanita Perancis Sarah Bernhardt. Dia lahir di Paris.

UMUM 
DICKINSON, EMILY

Dickinson, Emily (1830–1886) ialah

pemuisi wanita Amerika. Dickinson

dan Walt Whitman dianggap dua orang

pemuisi yang berbakat dalam kesusasteraan

Amerika.

UMUM 
DAMROSCH

Damrosch ialah nama keluarga bagi seorang

bapa dan anaknya yang menghabiskan usia mereka

untuk memperkenalkan orang Amerika

kepada muzik yang sebenar. Mereka berasal

daripada keluarga yang berbakat dalam muzik

Jerman.

UMUM 
ABELARD, PETER

Abelard, Peter (1079–1142) ialah tokoh falsafah dan

ahli teologi pada Zaman Pertengahan. Tetapi dia

lebih terkenal kerana hubungan cintanya dengan

seorang wanita muda bangsa Perancis yang

berbakat, bernama Heloise. Abelard lahir

berhampiran dengan Nantes, Perancis. Bapanya,

seorang bangsawan, merancang kerjaya dalam

tentera untuknya, namun Abelard memilih untuk

menjadi seorang ilmuan. Dari tahun 1113 hingga

tahun 1118, dia mengajar ilmu teologi di Paris. Di sini

dia mengasaskan dua sekolah, yang seterusnya

berkembang menjadi University of Paris.

UMUM 
MINGGU PENULIS REMAJA

Minggu Penulis Remaja, program penulisan yang diadakan khusus untuk membimbing para remaja yang berbakat dalam penulisan.

SASTERAKegiatan
SANTOS-DUMONT, ALBERTO

Santos-Dumont, Alberto (1873–1932) ialah

perintis penerbangan untuk pesawat yang lebih

ringan daripada udara dan juga lebih berat

daripada udara. Dia menggunakan kekayaannya

untuk memajukan penerbangan dan membantu

pereka yang berbakat.

UMUM 
ACARA TERJUN

Acara terjun ialah sukan air yang menarik.

Seseorang penerjun melompat dari papan anjal

atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik

yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air.

Tidak seperti renang, acara terjun menekankan

teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan.

Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan

dan keindahan dengan keberanian semasa

berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya

melakukan terjun ke dalam air dengan deburan

yang minimum.

UMUM 
SUCKLING, SIR JOHN

Suckling, Sir John (1609–1642) ialah anggota

Cavalier poets yang paling terkenal, iaitu kumpulan

yang berkait rapat dengan istana Raja Charles I dari

England. Dalam komedinya yang masyhur, The Way

of the World (1700), William Congreve menamakan

pemuisi ini “Suckling yang berbakat dan tidak serius”.

UMUM 
12

Kembali ke atas