Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalik

Puisi
 

Daun mempelas berbalik-balik,
     Orang berdagang di pintu kota;
Tidaklah belas melihat adik,
     Duduklah berendam si air mata.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Hujan berbalik ke langit.

Bermaksud :

Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
proses osmosis berbalikTiada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanpun jika merujuk istilah osmosis berbalik ialah padanan reverse osmosis dalam bahasa Melayu.Istilah23.05.2012
Menurut laman web PRPM, terjemahan untuk 'relapse' ialah 'kambuh'. Walau bagaimanapun, perkataan 'kambuh' tidak lazim digunakan dalam konteks harian. Bolehkah tuan mencadangkan penggunaan perkataan lain seperti 'berbalik'? Adakah perkataan 'relaps' boleh diguna pakai? Mengikut pandangan tuan, apakah perkataan yang paling difahami dan paling dapat diterima di negara ini? Terima kasih.Dalam pangkalan data istilah DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "relapse", iaitu kambuh, relaps dan berbalik. Oleh itu, puan boleh memilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks yang digunakan.Istilah26.05.2016
Assalamualaikum. Terima kasih atas penerangan tuan tentang kemusyikalan saya yang berkaitan dengan penggunaan sebuah majlis atau satu majlis. Berbalik kepada soalan itu, bagaimana sekiranya majls tersebut berada di hadapan ayat. Adakah perlu menyebut : i) Satu Majlis Doa Kesyukuran akan diadakan.... ATAU ii) Sebuah Majlis doa Kesyukuran akan diadakan..... Terima kasih. Wassalam.

Tidak perlu penjodoh bilangan bagi majlis, memadai dengan Majlis Kesyukuran akan diadakan...

Tatabahasa05.03.2010
Kata 'gema' dan' kumandang' beri penjelasan penggunaan ikut tempat/situasi. Bolehkah ayat ini untuk kumandang; 'suara berkumandang di dalam gua'Perkataan gema dan kumandang sama maknanya, iaitu bunyi atau suara yang berbalik; berdasarkan makna tersebut perkataan kumandang dan gema boleh saling digunakan dalam ayat tetapi lazimnya kita bercakap: suara itu bergema di dalam gua, dan azan berkemundang di udara.Tatabahasa06.07.2010
Salam Saya menulis Penyelidikan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan Flipped Classroom. Pertanyaan saya, Apakah perkataan terkini dan betul untuk saya terjemahkan perkataan Flipped Classroom dalam Bahasa melayu. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk “flipped classroom” ialah pembelajaran berbalik.Istilah02.02.2021
Assalamualaikum tuan, Perlukah kita terjemahkan perkataan Facebook, Twitter, Skype ke dalam Bahasa Melayu? Dalam penulisan adakah perlu kita italik perkataan tersebut? Terima kasih. AziraZana Hammid Satu lagi bagaimana pula dengan perkataan blended calssroom, flipp classrom. Jika diterjemah ke dalam BM bermaksud kelas teradun, kelas berbalik. terima kasih sekali lagiWaalaikumussalam,
Perkataan Facebook, Twitter, Skype tidak perlu diterjemahkan atau diitalikkan kerana merupakan kata nama khas bagi nama aplikasi. Bagi terjemahan istilah blended calssroom, flipp classrom masih belum ada dalam data PRPM kami, cadangan daripada pihak kami, terjemahan bag blended classroom ialah kelas teradun manakal flipp classroom ialah pembelajaran flip. Sekian terima kasih
Makna15.02.2019
Saya ingi tahu penggunaan yang tepat sama ada sebuah majlis kesyukuran atau satu majlis kesyukuranBagi membezakan satu dan sebuah, saudaraperlu ingat bahawa satu merupakan bilangan manakala sebuah pula adalah penjodoh bilangan. Berbalik pada contoh saudara, kami mencadangkan agar gugurkan penjodoh bilangan mahupun bilangan untuk menerangkan "majlis kesyukuran" tersebut. Tidak semua kata nama perlu dimasukkan penjodoh bilangan malah lebih baik sekiranya tidak digunakan. Contohnya; Pak Ahmad telah mengadakan majlis kesyukuran pada minggu lepas.Tatabahasa03.03.2010
Menurut kamus dewan, borak -balik bermaksud ulang-alik. Jadi, adakah kedua-dua ayat berikut betul? a) Dia terpaksa ulang-alik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. b) Dia terpaksa bolak-balik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu.

Salam sejahtera,

Kedua-dua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul namun, penggunaan ulang-alik lebih gramatis jika digunakan dalam ayat yang tersebut.

    Penggunaan perkataan bolak-balik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu.

Tatabahasa13.10.2012
Salam. Pertanyaan 1 Perkataan manakah yang sesuai dan betul yang menepati tatabahasa antara PENGLIBATAN Ibu Bapa atau PELIBATAN Ibu Bapa untuk saya gunakan dalam penulisan penyelidikan saya. Pertanyaan 2 Saya sedang menulis penyelidikan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan Flipped Classroom. Istilah manakah yang sesuai untuk saya gunakan dalam penulisan penyelidikan saya bagi menggantikan perkataan Flipped Classroom. PEMBELAJARAN FLIP atau PEMBELAJARAN BERBALIK Mohon Khidmat Nasihat Terima KasihSalam sejahtera,

Perkataan yang betul ialah penglibatan ibu bapa. Untuk pertanyaan soalan kedua, padanan istilah yang sesuai ialah kelas balikan.
Istilah23.08.2020
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Paraplough Plough 2. Single Furrow Ploughs 3. Sulky Ploughs 4. Turnwrest Ploughs 5. Deep Tillage Subsoiler 6. Shank Subsoiler 7. Terra Weeder. Sekian, didahului dengan ribuan terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 
1. Paraplough Plough - Bajak Berbilang Bilah
2. Single Furrow Ploughs - Bajak Alur Tunggal
3. Sulky Ploughs - Bajak Berpenarik Haiwan
4. Turnwrest Ploughs - Bajak Bilah Berbalik
5. Deep Tillage Subsoiler - Bajak Subtanah Pemugaran Dalam
6. Shank Subsoiler - Bajak Subtanah Berbatang
7. Terra Weeder - Pencabut Rumpai 
Istilah01.03.2016
12

Kembali ke atas