Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ban.ding] | بربنديڠ

Definisi : 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ban.ding] | بربنديڠ

Definisi : 1 ada bandingnya: Kecantikannya tidak ~. 2 seimbang (dgn); sepadan: Perbelanjaan hendaklah ~ dgn pendapatan. 3 dibandingkan (dgn): Kadar pendapatan penduduk tahun ini bertambah ~ dgn tahun lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbanding


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anisotropictak isotropikPertanianAgroteknologiSifat yang bergantung mengikut satu arah. Dalam konteks pertanian, ia boleh ditakrifkan sebagai mengukur sesuatu mengikut beberapa aksis seperti sifat fizikal bahan seperti absorbans, ketumpatan dan sebagainya. Contoh sifat tak isotropik ialah apabila kayu lebih mudah dibelah mengikut jalur uratnya berbanding berbanding dibelah secara melintang.
comparative advantagefaedah berbandingPengurusanPerancanganKonsep ekonomi yang membandingkan kemampuan sesebuah organisasi atau negara untuk mengeluarkan sesuatu produk dengan kos pengeluaran yang lebih murah berbanding dengan organisasi atau negara lain. Tujuan memahami konsep faedah berbanding adalah untuk menggalakkan sesebuah organisasi untuk mengeluarkan sesuatu produk dengan secekap mungkin berbanding organisasi lain dengan menggunakan sumber dan kemampuan yang ada. Dari segi perdagangan antarabangsa, negara yang menumpukan pengeluaran barangan yang tinggi dengan kos yang lebih rendah digalakkan untuk mengeksportnya dan mengimport barangan yang boleh dibeli lebih murah jika dikeluarkan sendiri. Contohnya, Malaysia mengimport bawang merah dari India kerana kos menanam dan menghasilkannya lebih mahal jika ditanam dan dikeluarkan sendiri.
sucralosesukralosaMakanan dan PemakananMakananPemanis tiruan tanpa kalori yang tidak boleh dihadamkan oleh manusia. Sukralosa 600 kali ganda lebih manis berbanding dengan sukrosa, dua kali ganda lebih manis berbanding dengan sakarin dan tiga kali ganda lebih manis berbanding dengan aspartam. Sukralosa sangat stabil pada suhu yang tinggi dan julat pH yang besar. Maka, sukralosa boleh digunakan dalam kek dan pastri atau produk yang memerlukan hayat simpanan yang lebih lama. Sukralosa lebih digemari oleh pengguna kerana rasa, kestabilan dan keselamatannya berbanding dengan pemanis rendah kalori yang lain.
comparative advantagekelebihan berbandingSosiologiTiadaKaedah yang membolehkan sesebuah negara mengeluarkan sesuatu produk dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan negara lain. Ini disebabkan antaranya oleh kedudukan geografi, kestabilan politik, dan buruh.
mode selectivitypilih modKejuruteraanTiadaPemilihan keluaran laser berbanding mod berdasarkan nisbah kehilangan kuasa mod kedua berbanding dengan mod terendah.
angulationpenyudutanPerubatanTiada1. Arah kon dan sinaran-X berbanding dengan posisi objek dan filem.,2. Kecondongan alat-alat berbanding dengan permukaan gigi.
absolute temperaturesuhu mutlakGeologiTiadaSuhu dalam darjah Celsius berbanding dengan sifar mutlak pada -273.16°C (skala Kelvin) atau suhu dalam darjah Fahrenheit berbanding dengan sifar mutlak pada -459.69°F (skala Rankine).
absolute temperaturesuhu mutlakKimiaTiadaSuhu dalam darjah Celsius berbanding dengan sifar mutlak pada -273.16°C (skala Kelvin) atau suhu dalam darjah Fahrenheit berbanding dengan sifar mutlak pada -459.69°F (skala Rankine).
absolute temperaturesuhu mutlakEkonomiTiadaSuhu dalam darjah Celsius berbanding dengan sifar mutlak pada -273.16°C (skala Kelvin) atau suhu dalam darjah Fahrenheit berbanding dengan sifar mutlak pada -459.69°F (skala Rankine).
absolute temperaturesuhu mutlakPerubatanTiadaSuhu dalam darjah Celsius berbanding dengan sifar mutlak pada -273.16°C (skala Kelvin) atau suhu dalam darjah Fahrenheit berbanding dengan sifar mutlak pada -459.69°F (skala Rankine).
12345678910...

Kembali ke atas