Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ban.di.ngan] | بربنديڠن

Definisi : 1. ada bandingnya, (taranya): kebaikannya tiada ~; 2. seimbang, sebanding, sepadan: kekuatannya ~ dgn besar badannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbandingan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan bagi berbanding, dibandingkan dan berbandingkan?
Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding. Oleh itu, sama ada kata "berbanding" mahupun "dibandingkan", kedua-dua perkataan itu perlu disambut dengan perkataan "dengan". Tiada penggunaan perkataan berbandingkan dalam Kamus Dewan. Perkataan lain yang sering digunakan ialah berbandingan, membandingkan, memperbandingkan, pembandingan, membandingi dan sebagainya. 
Tatabahasa28.10.2020

Kembali ke atas