Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bang.ga] | بربڠݢ

Definisi : 1. berasa megah; 2. berasa besar hati: anak-anak kita akan ~ membaca kisah pengalaman kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bang.ga] | بربڠݢ

Definisi : berasa senang dan besar hati kerana sesuatu sebab; berasa bangga: Rakyat negara tsb ~ dgn kemajuan yg dicapai oleh negara mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbangga


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. 'Ibu bapa berbangga akan kita' atau 'Ibu bapa berbangga dengan kita' 2. Apakah perbezaan penggunaan berdiskusi dan mendiskusikan

Ayat yang betul ialah “Ibu bapa berbangga akan kita”

Berdiskusi adalah berbincang mengenai sesuatu perkara, isu dan sebagainya secara formal.  Contoh:  Pusat Budaya ialah tempat pertemuan seniman untuk berdialog, berdiskusi, berforum dan berkarya.

Mendiskusikan adalah membicarakan sesuatu melalui diskusi.  Contoh:  Mereka dapat mendiskusikan masalah mereka dengan negara-negara yang memiliki agama, politik dan ideologi yang sama dengan mereka. 


Tatabahasa04.01.2023
Salam, saya mahu semak samada ayat saya betul atau tidak. Contoh Ayat : Pihak pengurusan amat berbangga di atas tindakan cemerlang anda kerana berjaya membanteras penyeludupan 316 keping besi keluli tahan karat yang telah disembunyikan di dalam bahagian enjin dan di bawah tempat duduk kenderaan dari tiga buah kenderaan semasa memasuki kawasan pemeriksaan pada 20 April 2015.Pihak pengurusan amat berbangga atas tindakan cemerlang anda kerana berjaya membanteras penyeludupan 316 keping besi keluli tahan karat yang telah disembunyikan di dalam bahagian enjin dan di bawah tempat duduk di dalam tiga buah kenderaan semasa memasuki kawasan pemeriksaan pada 20 April 2015.Tatabahasa21.04.2015
Sejarah hendaklah dijadikan iktibar untuk membangunkan diri dan negara, bukan untuk berbangga dengan pencapaian generasi silam tanpa melakukan sesuatu untuk generasi akan datang. Diharapkan susunan ayat di atas dapat dimurnikan oleh pihak DBP. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Ayat yang diberikan betul susunan ayatnya.

Sekian, terima aksih.
Tatabahasa12.10.2017
Apakah jawapan yang betul bagi soalan berikut : a. Sekiranya kamu kurang tidur, bukan sahaja boleh membuatkan memori otak terganggu bahkan boleh sampai ( ke / kepada ) tahap membunuh diri. b. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dan sentiasa menjaga nama baik tanah air tercinta yang kini terkenal di serata dunia.
a)   Perkataan yang betul ialah ke.
b)   Sila nyatakan soalan yang jelas untuk penerangan.
Lain-lain11.07.2016
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk menguasai bahasa Melayu?Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan yang memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Sedikit maklum balas yang dapat kami berikan ialah ibu bapa itu sendiri sebagai warga negara Malaysia harus berbangga dengan bahasa rasmi negara. Rasa bangga dan cinta akan bahasa rasmi negara harus diterapkan pula kepada anak-anaknya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain21.01.2013
Takrifan Kamus Dewan edisi 4 untuk perkataan 'kolaborasi' hanya memberikan satu makna sahaja iaitu: bersubahat dengan musuh. Pemberian satu makna sahaja agak mengelirukan kerana di dalam penerbitan DBP sahaja terdapat penggunaan 'kolaborasi' sebagai 'bekerjasama'. Contohnya: "Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan balasnya pula mengatakan DBP sangat berbangga dengan usaha ini dan berharap agar kolaborasi budaya antara Bangladesh dengan negara ini akan berterusan." (Klik DBP Berita Harian, 23/1/08) Adakah pihak DBP merancang untuk memasukkan takrifan 'bekerjasama' sebagai salah satu definisi dan penggunaan utama perkataan 'collaborate' spt yang dilakukan oleh Kamus Oxford Fajar dan Kamus Longman Dwibahasa? Cadangan saya, Kamus Dewan lebih dapat memperlihatkan ketelitian kerana ia adalah kamus bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama para pelajar B.Melayu. Mungkin DBP dapat usahakan agar setiap entri maksud bagi perkataan (terutama kata pinjam BI) disenaraikan dalam kamus dan bukan satu maksud sahaja. terima kasih.

Saudara Stephen,

Terima kasih kerana memberikan pandangan dan cadangan. Cadangan  dan pandangan seperti ini amat dialu-alukan untuk penambahbaikan penerbitan kamus tersebut. 

Lain-lain02.09.2009
apakah kebaikan menperlajari bahasa malay?Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mahir dalam bahasa tersebut supaya dapat berkomunikasi sesama kita dalam bahasa tersebut dengan baik dan ini dapat menonjolkan imej negara kita melalui satu bahasa rasmi. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan perpaduan antara kaum dapat menjadi lebih erat. kita seharusnya berbangga kerana dapat menguasai bahasa kebangsaan negara kita.Lain-lain31.08.2006
apakah kebaikan untuk menperlajari bahasa malaysia?can u send to my email..thanks so much...Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mahir dalam bahasa tersebut supaya dapat berkomunikasi sesama kita dalam bahasa tersebut dengan baik dan ini dapat menonjolkan imej negara kita melalui satu bahasa rasmi. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan perpaduan antara kaum dapat menjadi lebih erat. kita seharusnya berbangga kerana dapat menguasai bahasa kebangsaan negara kita.Lain-lain31.08.2006
Pentadbiran Majlis Daerah Mersing sedang dalam proses menaiktaraf papan nama jalan. Adakah wajar kami menggunakan singkatan ejaan "Jalan" kepada "Jln" sahaja. Seperkara lagi ialah wajarkah kami meletakkan perkataan "Rd" (Road) di hujung perkataan kerana, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan yang dikunjungi ramai pelancong asing. Contoh papan nama jalan yang dimaksudkan seperti berikut: Tulisan Jawi (Dieja secara penuh) JLN. TALAPIA RD Kerjasama bakal diberikan amat dihargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih.Kami cadangkan ejaan "Jalan" dieja penuh kerana kalau diringkaskan menjadi "Jln.", hanya berbeza dua huruf sahaja. Walaupun Mersing sebuah bandar yang dikunjungi ramai pelancong asing, tetapi masih tertakluk pada undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu dan berbangga menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak langsung Mersing boleh menjadi "duta" memperkenalkan bahasa Melayu kepada pelancong asing. Semoga kita menjadi seperti bangsa besar lain di dunia seperti Jepun, China dan Perancis yang berbanggsa dengan bahasa ibunda atau bahasa rasmi negara mereka.Lain-lain19.07.2012
Selamat sejahtera tuan/puan, Ini berkenaan ejaan bahasa yang saya rasa kurang baik maksudnya. Ejaan tersebut mungkin boleh diubah agar leih tepat lagi. Saya mohon pihak tuan/puan meneliti perkataan tersebut & buat perubahan yang positif. Perkataan tersebut Ialah melayu. Jika di lihat daripada perkataan me maksudnya sedang, layu saya rasa tuan/puan tahu maksudnya. Jika dilihat disini maksud disebalik perkataan melayu ialah sedang layu ejaan yang kurang baik untuk mencerminkan bangsa. Cadangan saya perkataan itu ditukar ejaannya ke mlayu yang saya rasa mencerminkan bangsa dan tiada maksud yang lain selain daripada nama sesuatu bangsa. Sekian harap maaf jika ini menyebabkan rasa kurang senang tuan/puan. Niat saya adalah untuk keutuhan bahasa yang dijunjung.

Tuan Net, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pada pandangan saya tuan sepatutnya tidak menyempitkan makna perkataan melayu itu, memang betul makna layu ialah tidak bermaya namun saya rasa banyak perkataan lain yang melambangkan bangsa lain didunia ini membawa makna yang negatif dalam bahasa Melayu, namun kita tidak pernah mempertikaikannya. Saya sebagai seorang Melayu, cukup berbangga dengan nama ini. Jadi janganlah soal remeh seperti ini ditimbulkan. Terima kasih.

Makna04.06.2009

Kembali ke atas