Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bang.kit] | بربڠکيت

Definisi : 1. timbul atau terbit (bkn perasaan, perkara dsb); perkara ~ perkara (hal atau soal) yg ditimbulkan dlm mesyuarat berdasarkan minit atau catatan mesyuarat yg lalu; 2. berbalik (bkn penyakit); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bang.kit] | بربڠکيت

Definisi : 1 timbul atau terbit (bkn perasaan, perkara dll): perkara ~ perkara yg ditimbulkan dlm mesyuarat berdasarkan catatan atau minit mesyuarat yg lalu. 2 berbalik (bkn penyakit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.bang.kit] | بربڠکيت

Definisi : timbul; terbit (bkn perasaan marah dll): ~ marahnya apabila dia melihat adiknya dipersendakan orang. 4 naik (bkn adunan, debu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbangkit

Peribahasa

Menggaru luka lama.

Bermaksud :

Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? Berbangkit dari perkara itu atau berbangkit daripada perkara itu.berbangkit daripadaTatabahasa03.11.2007
Yang manakah betul? Berbangkit dari perkara itu atau berbangkit daripada perkara itu.berbangkit daripada.Tatabahasa03.11.2007
Soalan. PEKARA-PEKARA BERBANGKIT ATAU PERKARA BEBANGKIT ? * Dalam minit mesyuarat tersebut terdapat banyak perkara yang diperbincangkan. Terima kasihLazimnya kita hanya menulis Perkara Berbangkit tidak kira hanya satu atau lebih Perkara Berbangkit yang timbul.Tatabahasa28.06.2012
Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai  2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat  4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu.Makna16.04.2012
Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini.

Soalan puan tidak jelas, sila hubungi kami semula dan sertakan penjelasan soalan tersebut.

Tatabahasa02.10.2010
Saya nak minta pihak DBP untuk mainkan peranan sebaik mungkin, memandangkan saya melihat sebuah iklan yang dibuat oleh ''Malaysia Airport'', iklan tersebut menyediakan serikata bahasa melayu dan bahasa mandarin. Isu berbangkit adalah kerana kedudukan bahasa kebangsaan adalah dibawah bahasa mandarin (sila rujuk lampiran), pada pandangan peribadi saya ia sesuatu penghinaan kepada bahasa kebangsaan yang merupakan bahasa rasmi negara Malaysia dan paling mengecewakan adalah syarikat dibawah kelolaan kerajaan sendiri tidak ambil berat dan memartabatkan bahasa. Saya berharap pihak DBP dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dengan mengambil tindakan untuk memperbetulkan iklan tersebut. Walaupun ia nampak hal yang kecil atau remeh, ia amat berbahaya demi masa depan dan kedudukan bahasa kebangsaan.Kami mengambil maklum akan aduan ini, tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman saudara juga, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa". 

Lain-lain28.10.2021
Soalan : Mohon semak ayat - tatabahasa. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini.

Puan Rozita,

Ayat yang betul ialah - Walau bagaimanapun, pihak kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan kod ini tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung mengikut akta atau peraturan jika kod ini diterima pakai. 

Tatabahasa04.10.2010
Soalan : Mohon semak ayat - tatabahasa. Soalan : Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini.

Puan Rozita,

 Sila lihat jawapan yang diberikan. Terima kasih.

Tatabahasa04.10.2010
Selamat pagi, Baru-baru ini, sebuah pengusaha makanan francais menggunakan “Sensasi Delight” sebagai nama bagi promosi resipi terbaru mereka. Soalan saya, adakah nama ini dibenarkan penggunaannya untuk tujuan pengiklanan? Adakah penggunaan bahasa campuran menjadikan ianya tidak sah digunakan bagi tujuan pengiklanan? Berbangkit daripada soalan diatas, syarikat kami pula ada mencadangkan nama “Rasalicious Roaster” bagi sebuah pengusaha makanan francais yang lain yang mempromosikan ayam panggang sebagai menu utama. Rasalicious – Gabungan “Rasa” + cedokan “licious” dari Delicious = Sedap Roaster – Panggang Soalan saya, adakah “Rasalicious Roaster” sah digunakan sebagai nama produk bagi tujuan pengiklanan kami? Harap pihak Tuan dapat membantu menjawab persoalan saya ini. Terima kasih.Kedua-dua perkataan ini tidak boleh diterima kerana kedua-duanya mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan menjadi bahasa rojak. Perkataan sensasi delight boleh digantikan dengan hidangan sensasi dan rasalicious digantikan dengan rasa enak.    Tatabahasa20.06.2008
Salam sejahtera, Saya ingin mengemukakan soalan bagaimana ingin menterjemah bahasa Inggeris "RE:" kepada bahasa Melayu yang digunakan dalam e-mel? Sekian, terima kasih atas perhatian.Salam Sejahtera. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk RE: yang digunakan dalam e-mel ialah Maklum Balas Perkara Berbangkit. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan28.04.2017
12

Kembali ke atas