Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bang.sa] | بربڠسا

Definisi : 1. termasuk dlm bangsa: jurutaip itu ~ Cina; 2. drpd keturunan orang baik-baik (bangsawan dll): orang berasal lagi ~;3. Mn berkerabat: saya ~ dgn isterinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bang.sa] | بربڠسا

Definisi : 1 berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Melayu. 2 berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja ialah anak orang berasal lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbangsa

Puisi
 

Anak itik anak angsa,
     Anak menyusur lumut di batu;
Jangan ditilik orang berbangsa,
     Tilik akan dagang piatu.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compradorkompradorSejarahTiadaEgen atau penasihat berbangsa Cina yang dilantik oleh kuasa asing sebagai pengawal pekerja Cina atau orang tengah dalam urusan perniagaan di China.
fraunhofer linegaris FraunhoferMatematikTiadaGaris hitam yang kelihatan melintasi jalur warna dalam spektrum suria dan najam. Fenomenon ini telah dikaji oleh Joseph Fraunhofer berbangsa Jerman.
agate warebarang akikKesenianHiasan DalamanCampuran tanah liat yang membentuk jalur-jalur gelungan berwarna-warni yang menyerupai warna akik, yang dipelopori oleh Josiah Wedgewood (1730 - 1795), seorang pembuat tembikar berbangsa Inggeris.
RecamierRecamierKesenianHiasan DalamanPerabot (sofa) bergaya Empire-Directoire yang digunakan reka bentuk bebas halangan renda alenkon sebagai tempat berbaring pada waktu siang. Sofa ini dinamakan sempena nama seorang tokoh kesusasteraan berbangsa Perancis abad ke-19, iaitu Jeanne-Francoise Julie Adelaide Bernard Recamier (1777-1849).
chlamysmantel klamisSejarahTiadaMantel selendang segi empat yang berukuran 5' atau 6' x 3', dikancing pada bahagian bahu kanan atau bahagian hadapan. Mantel ini dipakai oleh pengembara, orang muda, tentera dan pemburu berbangsa Yunani pada Zaman Purba.
chlamysmantel klamisKesenianTiadaMantel selendang segi empat yang berukuran 5' atau 6' x 3', dikancing pada bahagian bahu kanan atau bahagian hadapan. Mantel ini dipakai oleh pengembara, orang muda, tentera dan pemburu berbangsa Yunani pada Zaman Purba.
lunar cyclekitar qamariMatematikTiadaKitar kala selama 235 bulan qamari atau 19 tahun 11 hari, yang selepas itu fasa bulan akan mengulangi tertib yang sama pada hari yang sama. Kitar ini ditemui oleh Meton, berbangsa Yunani pada tahun 433 S.M.
panspermia hypothesishipotesis panspermiaMatematikTiadaHipotesis yang mengatakan bahawa hidupan dalam bentuk spora boleh wujud di angkasa lepas dan boleh dialihtumbuhkan dari satu jasad samawi ke jasad samawi yang lain melalui tekanan sinaran yang diajukan pada tahun 1906 oleh S. Arrhemius, berbangsa Sweden.
Gestalt psychologypsikologi GestaltKesusasteraanTiadaPenggabungan yang sempurna dalam sesebuah karya. Istilah psikologi Gestalt digunakan dalam bidang kritikan sastera dan dipinjam daripada bidang falsafah German. Teori kesusasteraan Gestalt menyatakan bahawa gabungan sempurna sesuatu karya adalah lebih bernilai daripada jumlah semua bahagian yang dianalisis secara berasingan. Psikologi Gestalt menilai aksi manusia secara keseluruhan dan tidak memecahkannya kepada elemen tertentu seperti rangsangan, aksi refleks, atau sensasi. Tindakan psikologi dan mental tidak terjadi akibat elemen tersebut secara terasing tetapi terjadi apabila gabungan sempurna Gestalts dicapai melalui suatu kaitan operasi yang bersendirian dan bebas. Dalam bidang kesusasteraan, istilah Gestalt merujuk kepada gaya pengkaryaan seseorang penulis. Contohnya, Coleridge, seorang penulis berbangsa Inggeris berpendapat bahawa puisi harus dihayati kerana sifat gabungannya yang sempurna. Hal ini demikian kerana puisi terhasil setelah melalui proses pembinaan atau penggubahan. Puisi yang merupakan hasil daripada komposisi bahasa yang digubah dianggap tidak lengkap jika dinilai secara berasingan elemen rima, rentak, struktur stanza dan sebagainya. Justeru, setiap elemen tersebut berfungsi secara bebas tetapi berkaitan. Oleh itu, amat tidak wajar jika puisi dinikmati melalui elemennya yang diasingkan.
pathetic fallacykekeliruan rasa hibaKesusasteraanTiadaKonsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari.

Kembali ke atas