Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ban.tu.ban.tuan] | بربنتو -بنتوان

Definisi : saling membantu antara satu sama lain: jika perkara itu tidak berkehendak ~, maka wajiblah dikerjakannya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbantu-bantuan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pollinationpendebungaanPertanianAgronomi

Pemindahan debunga dari anter ke stigma untuk membolehkan persenyawaan.  Proses pendebungaan yang lengkap akan menentukan hasil yang tinggi. Pendebungaan boleh berlaku dengan dua cara, iaitu pendebungaan semula jadi, dan pendebungaan berbantu. Pendebungaan semula jadi dilakukan oleh agen pendebungaan, manakala pendebungaan berbantu melibatkan bantuan manusia. Contohnya, alat pendebunga digunakan dalam pendebungaan berbantu kelapa sawit.

jackbicu/jekKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat atau mesin yang digunakan untuk mengangkat beban yang berat pada jarak yang kecil dengan bantuan skru atau secara hidraulik. Bicu berbantu skru terdiri daripada batang skru mendatar yang perlu diputar dengan tangan untuk menaikkan mekanisme pautan empat bar. Bicu berbantu hidraulik pula menggunakan silinder anjakan dan injap pelega. Alat ini banyak terdapat pada kenderaan bermotor dan di bengkel.
assisted living facilitykemudahan hidup berbantuGerontologiTiadaSediaan bantuan untuk memudahkan aktiviti harian dilakukan seperti tempat tinggal atau pusat penjagaan rekreasi.
computer aided designreka bentuk berbantu komputerKesenianSeni BinaKaedah mereka bentuk binaan yang menggunakan bantuan komputer. Contohnya, lukisan pelan bangunan dapat disiapkan dengan lebih pantas dan tepat dengan menggunakan kaedah ini. Singkatan CAD.
real ear aided responserespons telinga sebenar berbantuSains KesihatanTiadaRespons tekanan bunyi sebenar dengan bantuan alat bantu pendengaran yang diukur dalam medan bebas.

Kembali ke atas