Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ban.tu.kan] | بربنتوکن

Definisi : menggunakan sesuatu atau seseorang bagi membantu melaksanakan sesuatu (tugas, kerja dsb): pemelajaran membaca yg ~ multimedia sangat menarik dan dapat menggalakkan kanak-kanak membaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ban.tu.kan] | بربنتوکن

Definisi : ada seseorang atau sesuatu utk membantu menjalankan sesuatu tugas dsb: Teknik pembelajaran ~ multimedia sangat berkesan di kalangan para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbantukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya inginkan kejelasan makna untuk "persepsi dan kesediaan bakal guru terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran fizik"

Kata persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran , pandangan ,tanggapan. Oleh yang demikain ayat tersebut bermaksud pandangan dan kesediaan(persiapan) seseorang guru untuk menghadapi tugas mengajar mata pelajaran fizik berbantukan komputer.  

Makna27.01.2008
Apakah terjemahan bagi "Ultrasound-aided batter mixing"?Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk ultra-sound aided batter mixing. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk istilah batter mixing ialah pengadunan bater, ultrasound ialah ultrabunyi dan aided ialah berbantukan atau terbantu. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu ialah pengadunan bater berbantukan ultrabunyi.Istilah04.07.2011
Istilah VAR ( Video Assistant Referre) dalam bahasa Melayu? Istilah ini digunakan pakai dalam buku undang- undang bola sepak.Berdasarkan semakan PRPM dalam bidang Sukan, padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

video assistant referee (VAR) - pengadil berbantukan video

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain07.07.2021

Kembali ke atas