Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[ber.ban.tu.kan] | بربنتوکن

Definisi : menggunakan sesuatu atau seseorang bagi membantu melaksanakan sesuatu (tugas, kerja dsb): pemelajaran membaca yg ~ multimedia sangat menarik dan dapat menggalakkan kanak-kanak membaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ban.tu.kan] | بربنتوکن

Definisi : ada seseorang atau sesuatu utk membantu menjalankan sesuatu tugas dsb: Teknik pembelajaran ~ multimedia sangat berkesan di kalangan para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbantukan

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
computer-assisted instructionpengajaran berbantukan komputerPendidikanTiadaPenggunaan komputer dalam pengajaran untuk membantu mempersembahkan bahan pengajaran kepada pelajar, memantau kemajuan pelajar atau memilih bahan pengajaran tambahan mengikut keperluan pelajar.
video assistant referee (VAR)pengadil berbantukan videoSukanTiadaTiada
multimedia graphicgrafik multimedia-TiadaBahan grafik berbantukan komputer yang boleh dipersembahkan, disimpan, diproses dan disampaikan secara digital.
digitizing tablettablet pendigitanTeknologi MaklumatTiadaPeranti grafik berbantukan komputer berbentuk papan empat segi yang kebiasaannya bersaiz 12x12 inci atau 12x8 inci. Peranti yang disambungkan ke komputer digunakan untuk melakar imej baru ataupun menyurih imej lama. Lakaran atau surihan imej dibuat menggunakan pen stilus atau alat penuding berkursor pada permukaan tablet. Kedudukan kursor atau pen akan dikesan oleh tablet. Kemudian maklumat ini diproses oleh komputer dan seterusnya ditunjukkan pada skrin monitor. Contohnya peranti ini sering digunakan oleh jurutera atau arkitek untuk melakar pelan.

angioplastyangioplastiPerubatanTiadaPemulihan salur darah yang sempit dengan menggunakan kateter khas berbantukan angiograf.
electronic eavesdroppingcuri dengar elektronikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAktiviti meminta keseluruhan atau sebahagian komunikasi secara sulit berbantukan perisian atau peranti elekronik. Aktiviti ini dilakukan pada media penghantaran elektronik seperti rangkaian dan litar tanpa pengetahuan penghantar atau penerima.
injection mouldingpengacuan suntikanKejuruteraanPolimerKaedah pengacuan bahan plastik yang butiran polimer dileburkan oleh tindakan ricihan skru berbantukan pemanas elektrik sebelum disuntik ke dalam acuan melalui injap sehala.
WorkstationStesen KerjaTeknologi MaklumatTiadaMikrokomputer berprestasi tinggi yang biasanya digunakan untuk pembangunan animasi, grafik dan reka bentuk berbantukan komputer (CAD). Stesen kerja mampu melaksanakan beberapa tugas dalam satu masa. Stesen kerja hanya digunakan oleh seorang pengguna dalam satu-satu masa. Contohnya stesen kerja Sun yang diperbuat oleh Sun MicroSystem.

12

Kembali ke atas