Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.tu.ba.tu] | برباتو - باتو

Definisi : banyak batu jaraknya: mereka terpaksa berjalan ~ sebelum sampai di bandar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.tu.ba.tu] | برباتو - باتو

Definisi : 1 banyak batunya; penuh dgn batu: Tanahnya curam dan ~. 2 jauh jaraknya: Kami terpaksa berjalan kaki ~ baru sampai ke pondoknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbatu-batu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
valley topographytopografi lembahLandskapTiadaRupa bentuk muka bumi di kawasan lembah yang bercerun, berbatu-batu dan juga mempunyai anak sungai di bawahnya.
seif dunegumuk seifGeologiTiadaGumuk pasir yang terjadi sebagai suatu rabung yang panjang, biasanya sampai berbatu-batu, merentasi gurun mengikut arah angin lazim.
feeder creekcaruk pembekalPerikananTiadaAnak sungai yang mengalirkan air ke sungai atau tasik. Anak sungai ini mempunyai tebing yang biasanya berbatu-batu dan menjadi tempat ikan berlindung serta mencari makanan.
rocky shorepantai berbatuPerikananTiadaKawasan tepi laut yang mempunyai struktur berbatu yang terdedah kepada ombak yang kuat. Kawasan ini terdiri daripada longgokan batu atau dataran batuan yang mempunyai bentuk muka bumi berkecerunan tinggi yang persekitarannya berubah dengan ketara setiap kali berlakunya air pasang atau air surut.
grouperkerapuPerikananTiadaSejenis ikan daripada famili Serranidae yang dikelaskan sebagai ikan demersal. Ikan kerapu hidup di kawasan pantai berpasir dan berbatu terutamanya di kawasan batu karang. Bukaan mulut ikan ini luas dan mempunyai badan pelbagai warna yang memudahkannya untuk melakukan penyamaran. Ikan ini berpotensi sebagai ikan rekreasi kerana tabiatnya sebagai pemangsa. Ikan kerapu boleh ditangkap dengan menggunakan pancing, bubu atau rawai dasar.
cobbled courtyardhalaman berbatuLandskapTiadaLaman yang lantainya diperbuat daripada susunan batu bulat dalam corak tertentu.
fishing riprappancing batu lindungPerikananTiadaAktiviti memancing ikan di kawasan berbatu, biasanya di kawasan timbunan konkrit yang dilonggokkan di dasar atau di tebing sungai bagi menghalang hakisan. Kawasan ini akan menjadi habitat ikan dan lokasi memancing.
quarrykuariKejuruteraanKejuruteraan BangunanKawasan bukit tanah berbatu yang dikorek untuk mendapatkan agregat daripada batu binaan.
rock-garden planttumbuhan taman batuanLandskapTiadaTumbuhan yang dapat hidup di celah-celah batu dengan tidak memerlukan tanah yang banyak dan dapat bertahan da lam keadaan kering serta berbatu. Contohnya, tanaman kaktus.
quarry gardentaman kuariLandskapTiadaKawasan berlandskap yang dibina di kawasan bekas kuari dan mempunyai tumbuhan yang sesuai hidup di kawasan berbatu. Taman ini juga menggunakan susunan batu pelbagai bentuk dalam reka bentuknya.
12

Kembali ke atas