Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bau] | برباءو

Definisi : 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bau] | برباءو

Definisi : mengeluarkan bau: Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbau

Puisi
 

Bunga keduduk bunga kenanga,
     Berbau harum sampai ke jalan;
Hamba duduk sambil bertanya,
     Ibarat pungguk merindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Masih berbau pupuk jerangau.

Bermaksud :

Belum ada pengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STOK

Stok ialah nama yang diberi kepada tiga bunga

taman yang berlainan. Stok berbau-malam

mengeluarkan bunga berwarna lilac berbau

harum yang kembang pada waktu petang. Tumbuhan

tahunan yang kecil dan bercabang ini berasal dari

selatan Eropah. Lenggainya mempunyai dua tanduk

yang ketara di hujungnya. Bunga stok Stok Virginia

adalah satu lagi tumbuhan tahunan yang mengeluarkan

bunga kecil yang berwarna putih, merah, atau lilac.

Tangkainya pendek dan lenggainya tidak bertanduk.

Stok Brompton atau stok biasa, tumbuh kira-kira 60 sentimeter

tingginya. Ia mengeluarkan bunga yang harum

berwarna putih, samar, merah, ungu, atau kuning.

Stok berasal dari selatan Eropah. Ia memerlukan

tempat yang mendapat cahaya matahari,

terlindung, dan tanah yang subur, agak beralkali.

UMUM 
ORRISROOT

Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris

tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia

digunakan untuk memberikan bau wangi violet

kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak

daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan

sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana

harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik.

Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi

tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal

daripada tiga spesies – Iris florentina, Iris

germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini

ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan

Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim

panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia

mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi

minyak yang berbau seperti violet dan digunakan

dalam minyak wangi. Lihat juga Iris.

UMUM 
MENTOL

Mentol ialah sebatian putih yang lembut, berbau

pudina dan mempunyai rasa segar serta sejuk. Ia

digunakan secara meluas sebagai bahan untuk

ubat batuk dan selesema, pewangi dan rokok.

Mentol diperoleh daripada minyak daun pokok

pudina.

UMUM 
MINYAK NILAM

Minyak nilam ialah minyak yang berbau kuat

yang digunakan untuk membuat minyak wangi.

Minyak ini datangnya daripada daun nilam, iaitu

anggota famili pudina. Daunnya dikeringkan dalam

cahaya matahari. Ia kadangkala dibiarkan mengalami

penapaian (perubahan kimia yang menguraikan

bahan terbentuk). Kemudian, stim dilalukan pada

daun untuk mengeluarkan minyaknya. Peladang

menanam nilam di China, India, Indonesia, Filipina,

dan Singapura.

UMUM 
KAFEINA

Kafeina ialah pepejal yang tidak berbau, berasa

pahit sedikit. Ia ialah bahan perangsang, dan

didapati sedikit dalam kopi, teh, dan sesetengah

minuman ringan lain.

UMUM 
TAIM

Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun,

berbau harum yang berasal dari kawasan

Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan

taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa

pahit yang menjadikannya perisa yang popular

dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat

antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak

daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair

pencuci mulut dan ubat batuk.

UMUM 
DUPA

Dupa ialah campuran gam dan balsam yang

berbau wangi. Dupa mengeluarkan bau harum

yang lembut apabila dibakar.

UMUM 
SERAI

Serai ialah sejenis tumbuhan rumput berumpun

dan berakar besar, serta berbau wangi. Tumbuhan

ini terkenal sebagai bahan perasa dan pewangi

bagi kebanyakan masakan Melayu tradisional, juga

sebagai bahan perubatan.

UMUM 
MINYAK IKAN KOD

Minyak ikan kod ialah minyak yang berwarna

kuning, berbau hanyir, yang diperoleh daripada

hati ikan kod. Ia mengandungi banyak vitamin A

dan D. Pada satu masa dahulu, ramai orang

memakan minyak ikan kod untuk mencegah

daripada kekurangan vitamin A dan D. Orang yang

tidak mendapat cukup vitamin A mungkin

menghadapi masalah kulit dan mata. Kekurangan

vitamin D boleh menyebabkan riket, iaitu penyakit

yang menyebabkan kecacatan tulang.

UMUM 
KEKWA

Kekwa adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan herba renek berbau kuat yang

tumbuh di banyak kawasan beriklim sederhana.

Pekebun menanamnya untuk bunganya yang

cantik dan banyak, yang biasanya kembang pada

musim luruh. Namanya Chrysanthemum dalam

bahasa Inggeris, berasal daripada dua perkataan

Yunani yang bermakna bunga keemasan. Banyak

bunga satu-satu membentuk setiap kuntum.

Bunga selebar 20 sentimeter boleh dihasilkan

dengan membuang tunasnya dengan cermat.

Kebanyakan kuntum tumbuh bergugus. Bunganya

berbeza-beza warnanya daripada putih atau

kuning hingga kepada samar atau merah.

UMUM 
1234

Kembali ke atas