Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bau] | برباءو

Definisi : 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bau] | برباءو

Definisi : mengeluarkan bau: Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbau

Puisi
 

Bunga keduduk bunga kenanga,
     Berbau harum sampai ke jalan;
Hamba duduk sambil bertanya,
     Ibarat pungguk merindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Masih berbau pupuk jerangau.

Bermaksud :

Belum ada pengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scented baitumpan berbauPerikananTiadaUmpan yang mempunyai bau atau perisa tertentu bagi menarik perhatian ikan yang ingin dipancing. Umpan ini biasanya direndam atau digaul dengan minyak yang berbau sardin atau sotong.
redolentberbauPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
odourlesstak berbauPerhutananTiadaTiada
odourlesstak berbauPerubatanTiadaTiada
odourlesstak berbauPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
mercaptanmerkaptanKejuruteraanPetroleumSebatian organik yang menyerupai alkohol tetapi terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan sulfur. Kebanyakan sebatian ini berbau busuk (menyerdak) dan umumnya dicampurkan ke dalam gas asli, gasolin atau bahan bakar. Jika dicampurkan ke dalam gas asli atau gasolin, ia bertindak sebagai bahan bauan sehingga menyebabkan gas asli atau gasolin berkenaan berbau bawang putih busuk. Dengan demikian kehadiran gas asli atau gasolin berkenaan dapat dikesan. Jika dicampurkan ke dalam sebagian antiketuk, ia akan meningkatkan mutu antiketuk sebatian tersebut tetapi tidak bersifat pengakis. Rujuk : sebatian antiketuk.
halitosishalitosisPerubatanTiadaNafas berbau disebabkan makanan, penyakit periodontal, keadaan tekak, hidung dan paru-paru yang berjangkit.
ammoniaammoniaVeterinarTiadaGas berbau hancing yang dihasilkan oleh fermentasi najis dan air kencing ternakan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah pencemaran di dalam kandang. Untuk mengelakkan masalah ini, ammonia perlu berada ditahap yang minimum. Terdapat beberapa cara bagi mengatasi masalah ini, antaranya ialah memastikan supaya najis tetap kering, membersihkan kandang dan memastikan pengaliran udara yang mencukupi di dalam kandang. Di dalam najis dan air kencing, ammonia berada dalam bentuk urea dan dengan tindakan enzim urease ammonia dibebaskan. Formula: (NH3).
amanitolamanitolBiologiMikologiResin berbau kapur barus yang dihasilkan oleh Amanita muscaria.
eucalyptuskayu putih)GeografiTiadaSejenis pokok berbau busuk yang mengeluarkan minyak yang boleh mengubat penyakit lelah.
12345678910...

Kembali ke atas