Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbelah;

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Mata satu pertemuan,
     mata dua perceraian.

Bermaksud :

Kasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Baju Melayu berbelah leher, Teluk belanga disebut orang; Baru bertemu sudah menyindir, Eloklah hamba balik belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pantang sekali berbelah bagi, Esa hilang dua terbilang; Pantang sekali merosak budi, Dosa dibuang pahala ditunang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Potong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buluh betung bercabang rebung, Batangnya tidak berbelah lagi; Sungguh beruntung orang ompong, Makan tidak mengunyah lagi. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Adat Melayu berhati bulat, Pantang sekali berbelah bagi; Sifat Melayu membenci maksiat, Pantang sekali merosak budi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak dara pandai bergaya, Kain sempit berbelah dada; Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Abang makan hendak berhidang, Memakai kain berbelah tepi; Di dalam merana cinta datang, Air mata jatuh ke pipi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Taat anak ke ibu bapak, Patuh tidak berbelah bagi; Adat tegak tuahnya nampak, Senonoh akhlak sempurna budi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sayang ke darat sungai Bintagor, Temui rotan berbelah dua; Seorang ke barat seorang ke timur, Ada suratan bertemu jua.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kayu manis di celah gunung, Nampak jauh berbelah dua; Adik menangis abang termenung, Mengenang nasib kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas