Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbelang;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud penyakit sopak dan kusta

Merujuk Kamus Dewan, penyakit sopak ialah penyakit kulit (berbelang-belang putih pd tangan atau kaki). Kusta pula ialah sejenis penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki. Untuk mengetahui sesuatu maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan atau mengenai penyakit ssila rujuk pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia atau klinik yang berdekatan.

Makna26.08.2008
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan antara 'resapan' dan 'peresapan'? Dapatkah pihak tuan/puan memberikan contoh penggunaan bagi setiap perkataan? Terima kasih.Selamat ptg.
1. Resapan ialah apa-apa yg telah meresap Contoh: Kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh resapan air.
2. Peresapan ialah perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan. Contoh: Peresapan unsur-unsur budaya material.
Istilah20.07.2016
apakah terjemahan untuk banded mongooseUntuk makluman tuan/puan, belum ada istilah bahasa Melayu untuk banded mongoose dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, perkataan bahasa Melayu untuk mongoose ialah cerpelai. Oleh itu, kami mencadangkan penggunaan bahasa Inggeris boleh dikekalkan dengan menggunakan huruf condong “banded mongoose”  atau menggunakan perkataan “cerpelai belang” sebagai padanan dalam bahasa Melayu, memandangkan badannya yang berbelang.Penyemakan dan penterjemahan05.09.2017

Kembali ke atas