Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbelang;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
striped groundbumi berbelangGeografiTiadaTiada
watered silksutera barikPentadbiran PerniagaanTiadaFabrik daripada benang sutera yang bergaris-garis, berbintik-bintik atau berbelang-belang
three-sided stitchjahit segi tigaKesenianTiadaJahit sulam berbentuk segi tiga yang disusun rapat, bercorak sika-siku yang berbelang-belang.
golden trevallygerung belangPerikananTiadaSejenis ikan separa pelagik daripada famili Carangidae, spesies Gnathanodon speciousus. Ikan gerung belang berwarna kuning keemasan dan berbelang hitam serta hidup di kawasan berbatu karang di laut lepas. Spesies ikan ini kadangkala hidup dalam kumpulan kecil dan mempunyai tabiat mencari makanan di dasar laut. Ikan ini mudah ditangkap menggunakan pancing dan amat berpotensi sebagai ikan rekreasi. Nama lain bagi ikan ini ialah gerung-gerung dan daun belang.
moire fabricfabrik barikKesenianTiada1. Fabrik yang diberi kemasan khusus untuk menghasilkan kesan berombak dengan cara menggunakan guling berukir yang dipanaskan bagi menghasilkan kesan air atau berbelang-belang.,2. Fabrik tebal tenun permatang yang mempunyai kesan air yang terhasil daripada gabungan benang lungsin sutera, rayon atau asetat dengan benang pakan isian daripada yarn kasar gentian kapas atau gentian buatan manusia. Coraknya dibuat dengan menggunakan guling panas untuk meratakan yarn pakan isian bagi mendapatkan corak sinaran cahaya. Biasanya corak ini tidak kekal pada fabrik-fabrik lain kecuali fabrik asetat. Fabrik jenis ini digunakan untuk membuat gaun malam, skirt, kot dan fabrik hiasan rumah.
narrowbarred spanish mackereltenggiri batangPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Scomberomorus commerson yang hidup berkumpulan di kawasan laut dalam. Tenggiri batang merupakan ikan pemangsa, mempunyai badan berbelang biru kehitaman, gemar memakan ikan dan sotong, dan amat tertarik pada umpan yang ditarik. Tenggiri batang menjadi tumpuan pemancing kerana sifatnya yang kuat melawan selepas memakan umpan.
zebra sharkyu rimauPerikananTiadaIkan yu daripada famili Stegostomatidae, spesies Stegostoma fasciatum. Yu rimau mendiami laut pada kedalaman 5 hingga 30 meter. Ciri yang paling ketara pada ikan ini ialah badannya yang berbelang seakan kuda belang, langsing dan tirus, mempunyai tompokan hitam yang berselerak di seluruh badan termasuk sirip serta mempunyai ekor yang panjang. Selain itu, terdapat juga satu banjaran yang jelas di kedua-dua sisi badan dan muncung bulat dengan sesungut kecil. Ikan ini gemar memakan moluska, krustasia dan ikan kecil dengan cara menyedut keluar makanan daripada pasir pada waktu malam. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat tunda atau pancing. Nama lain bagi ikan ini ialah yu kebut atau yu cicak.
tetracycline stainingpewarnaan tetrasiklinPergigianTiadaPenstainan pada gigi desidus atau kekal yang disebabkan pengambilan antibiotik tetrasiklin oleh ibu mengandung semasa peringkat pembentukan korona gigi desidus, atau pengambilannya oleh kanak-kanak yang berusia antara 1 - 12 tahun semasa pembentukan korona gigi kekal. Oleh sebab kejadian pewarnaan tetrasiklin dipengaruhi faktor masa pembentukan korona, maka penstainan ini dikenali sebagai penstainan kronologikal. Gigi yang terstain ini akan kelihatan berbelang kuning dan boleh dirawat menggunakan venir atau korona.
Passiflora foetidaletup-letupHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba kecil dalam famili Passifloraceae dan dikenali juga sebagai timun dendang. Tumbuhan ini hidup liar secara menjalar atau memanjat pokok lain di tanah terbiar atau belukar. Batangnya kecil berbulu dan mempunyai sulur paut. Daunnya nipis, berbulu dan bercuping tiga serta berbau kuat apabila diramas. Bunganya agak besar, berwarna putih berbelang ungu. Buahnya yang bulat dan kecil dibaluti kaliks berbulu. Buah muda berwarna hijau dan bertukar kuning apabila masak. Daunnya digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat kegatalan kulit. Tumbuhan ini mengandungi asid hidrosianik. Buah yang muda agak beracun, manakala buah yang masak berasa manis dan boleh dimakan.

Kembali ke atas