Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.béng.kél] | بربيڠکيل

Definisi : mengadakan, menghadiri atau menyertai bengkel (perbincangan berkelompok): mereka sering ~, berseminar dsb utk menyiapkan projek penulisan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.béng.kél] | بربيڠکيل

Definisi : menyertai atau menghadiri bengkel (mesyuarat atau perbincangan): Mereka ~ selama tiga hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbengkel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya sedang berbengkel untuk buku teks Sains. Dalam perbincangan berkaitan "Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang". Selama ini, kita hanya diberitahu faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang ialah kedudukan objek dan saiz objek. Malangnya, dalam perbincangan ini, timbul satu isu berhubung faktor lain yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang iaitu ORIENTASI objek. ORIENTASI yang dimaksudkan di sini ialah keadaan/kedudukan objek (botol) yang disengetkan, terbalik, terbaring dll. Adakah terma yang digunakan ini tepat?Dalam Kamus Dewan, kedudukan bermaksud keadaan yang sebenar, dan keadaan ialah hal atau kedudukan pada sesuatu ketika. Pada pandangan kami senget atau terbalik masih boleh diklasifikasikan dalam kedudukan sesuatu objek, melainkan ada dapatan lain/baharu yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini, ada baiknya dapatan yang ditemukan (jika persis) dibincangkan dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi.Tatabahasa19.01.2014

Kembali ke atas