Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.ca.ra] | بربيچارا

Definisi : 1. bercakap: dia membiarkan sahaja suaminya itu ~; 2. bermesyuarat: keputusan itu dicapai selepas mereka ~; 3. mengemukakan pendapat (fikiran dll): ~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.ca.ra] | بربيچارا

Definisi : 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap: Ia meminta suaminya saja yg ~ dlm pertemuan itu. 2 bermesyuarat utk mendapatkan persetujuan dsb; berunding: Lama juga mereka ~ ttg syarikat kerjasama Syamelin. 3 berbahas dlm mahkamah utk menegakkan kebenaran. 4 mengeluarkan pendapat atau fikiran: Di negara demokrasi, rakyat bebas utk ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbicara

Peribahasa

Hati orang yang bodoh itu di mulutnya,
     dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.

Bermaksud :

Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolekah 'hamba' digunakan semasa berbicara dengan sultan?Untuk makluman, kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Sehubungan dengan itu, dalam konteks ayat yang diberikan, tuan/puan hanya perlu menggunakan konsep yang sama sebagai rujukan.Tatabahasa03.02.2016
Struktur yang manakah yang membawa maksud yang betul : Lidah kelu untuk berbicara atau kelu lidah untuk berbicara? Terima Kasih

Kedua-dua struktur ayat tersebut betul. Perkataan kelu di hadapan untuk penekanan kata "kelu" tersebut.

Tatabahasa01.08.2011
-apakah perbezaan kata antara patik dan hamba apabila rakyat jelata berbicara dengan raja atau sultan?

Kata ganti nama patik digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama hamba untuk merendah diri yang bermaksud saya.

Istilah18.01.2011
Bolehkah sesuatu ayat dimulakan dengan perkataan "contohnya" seperti berikut. Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka.Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. Ayat ini betul.Tatabahasa19.06.2016
Apakah perbezaan antara"patik","hamba" dan "tuan hamba"? Terima kasihTuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba.

Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja).
Tatabahasa20.11.2013
Apakah perbezaan diantara 'kami' dan 'kita'?

Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Contoh ayat:

1. "Kita perlu bertolak sebelum waktu maghrib,"  kata Ramli kepada Hasrina.

2 "Kami tidak sempat menyiapkan kerja ini dalam tempoh seminggu," kata Ali dan Amat kepada Cikgu Yeo.   

Istilah01.03.2010
Dalam situasi apakah kata ganti nama,'tuan hamba' digunakan? Tolong terangkan.Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. Contoh: " Tuan hamba tinggal di mana?"Istilah21.07.2009
Saya ingin bertanya beberapa soalan, soalan-soalan ini ditanya dalam konteks kami ingin membuat skrip untuk teater Puteri Saadong: 1. Adakah "Ampun tuanku" digunakan sebagai tanda hormat kepada Puteri juga atau hanya digunakan untuk raja/sultan? Jika tidak, apakah ayat yang akan digunakan untuk menunjukkan tanda hormat rakyat kepada Puteri sebelum mula berbicara dengan seorang Puteri? 2. Bagaimanakah seorang rakyat membahasakan dirinya apabila berbicara dengan Puteri? 3. Apakah panggilan yang akan digunakan oleh seorang rakyat untuk memanggil Puteri apabila berbicara dengan Puteri? Adakah rakyat akan membahasakan Puteri sebagai "tuanku" atau "puteri" sahaja apabila berbicara dengan Puteri? Terima kasih.
Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran dan sebagainya yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Saudara boleh merujuk perkara ini dengan Bahagian Istiadat, Istana Negara atau merujuk buku Bahasa Diraja yang ditulis oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, terbitan DBP. 
Lain-lain05.07.2023
kata penghulu kepada Sultan," Patik berasa megah kerana dapat berbicara dengan tuanku." *tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini? tq**Megah bermaksud mulia atau bangga dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Cdangan kami kata megah ditukarkan dengan kata bertuah yang membawa maksud lebih sopan dan halus.Tatabahasa15.09.2011
Assalamu'alaikum. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? 1) Dia tidak di situ. 2) Perempuan itu adalah cantik. 3) Pelajar sekolah rendah dengan siapa saya berbicara tadi adalah sangat cerdas. 4) Orang yang memukul Ali pagi tadi adalah bukan lagi di kawasan ini. 5) penjenayah bersiri golongan Rohingya itu ialah bukan seorang pendeta. 6) Buku yang dibeli oleh ayah itu tidak untuk kamu. Terima kasihAyat yang gramatis ialah:
1) Dia tidak berada di situ.
2) Perempuan itu cantik.
3) Pelajar sekolah rendah yang saya berbicara dengannya tadi sangat cerdas.
4) Orang yang memukul Ali pagi tadi, tidak lagi tinggal di kawasan ini.
5) Penjenayah bersiri golongan Rohingya itu bukan seorang pendeta.
6) Buku yang dibeli oleh ayah itu bukan untuk kamu.
Tatabahasa10.06.2015
12345

Kembali ke atas