Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.lang] | بربيلڠ

Definisi : 1. lebih drpd satu banyaknya; masyarakat ~ bangsa (kaum) masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa atau kaum (spt Melayu, Cina, India, dll di Malaysia); ~ ringgit banyak ringgit; 2. dihitung atau dikira jumlahnya: barang-barang itu belum ~ jumlahnya lagi; ~ dr esa, mengaji dr alif prb mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dr pangkalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.lang] | بربيلڠ

Definisi : lebih drpd satu banyaknya; beberapa: Rakyat Malaysia terdiri drpd ~ kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbilang

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mengaji daripada alif,
     membilang daripada esa;
sakit bermula,
     mati bersebab,
hujan berpokok,
     kata berpangkal.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana hendak membezakan kata nama berbilang dan tidak berbilang? Adakah kata nama berbilang "countable noun" dalam bahasa Inggeris? Terjemahan bagi itu kata nama berbilang atau hitung?Kata nama berbilang ialah kata nama yang sifatnya boleh dibilang. Contohnya satu atau tiap-tiap senyuman, hembusan, bayangan, pendapat, rancangan dan gangguan. Semua kategori kata nama berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang ". 

Manakala kata nama tak berbilang ialah kata nama yang tidak dapat dibilang, contohnya angin, hawa, iklim, kecantikan, keadilan, kesungguhan, keseronokan, keriangan, angkasa dan semangat. Semua kategori kata nama tak berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang ".
Countable noun ialah kata nama hitung /berbilang.
Tatabahasa02.11.2014
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak terbahagi kepada dua iaitu berbilang dan tak berbilang. Bagaimanakah kita membezakan antara konsep berbilang dan tak berbilang. Berikan contoh. Mengapakah "senyuman" dikategorikan dalam kumpulan "berbilang" padahal senyuman tidak dapat dibilang ?

Encik Rahim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Encik Rahim setahu saya juga mengikut buku-buku tatabahasa senyuman diletakkan sebagai kata nama am abstrak yang tidak boleh dibilang. Pertanyaan saya daripada manakah Encik Rahim mendapat penjelasan yang mengatakan senyuma itu diletakkan  sebagai boleh dibilang. Terima kasih.

Tatabahasa10.04.2009
berbilang-bilang kaum atau berbilang kaum?Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud lebih drpd satu banyaknya.Istilah11.07.2010
wujud ke perkataan berbilang-bilang kaum? ata berbilang kaum?Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud  lebih drpd satu banyaknya.Istilah11.07.2010
Saya Cikgu Ng dari SJK Chung Hua No.4. Saya mempunyai satu persoalan tentang kata ganti nama diri. soalan : Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika __________ bertolak ansur. A. kita B. mereka C. dia D. kalian Terima kasih atas kemuliaan tuan.

Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika mereka bertolak ansur. - kata ganti nama diri ketiga yang menunjukkan ramai.

Tatabahasa07.05.2010
contoh artikel bagi kata nama am dan kata ganti nama..

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.

Kata ganti nama (KGN)- yang menjadi pengganti kata nama khas dan am. KGN boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, KGN tunjuk dan KGN diri. (Sila rujuk Tatabahasa Dewan hal. 86 untuk keterangan lanjut)

Tatabahasa04.01.2010
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenianSila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986Lain-lain20.06.2007
Apakah yang dimaksukan dengan kumpulan pelampau dan bahayanya dalam sesebuah negara berbilang kaum

Kumpulan pelampau bermaksud kumpulan yang melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan, atau kumpulan yang mempunyai faham (kepercayaan) yang berlebih-lebihan. Kumpulan ini dikhuatiri akan menimbulkan masalah kepada negara.

Lain-lain01.02.2008
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai.

Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia.  Muhibah yang  bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara.

 

Sekian.

Lain-lain13.12.2010
sama ada ayat-ayat di bawah betul? 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan bagi (untul/demi) memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan. 4. amalan saling kunjung-mengunjungi merupakan suatu amalan yang ,ulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan thelah mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Preses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barang kecil kerana pada usia ini gemar memasukkan ke dalam mulut mereka.

Ayat yang betul ialah:

1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar.

2. Satu gagasan demi perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

3. Pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada demi perpaduan dan kestabilan negara. - untuk ayat kedua dan ketiga rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 dan 277.

4. Amalan saling berkunjung (atau kunjung-mengunjungi) adalah amalan yang mulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia.

5. Proses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. Pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barangan kecil kerana pada usia ini kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.

Tatabahasa17.02.2011
123456

Kembali ke atas