Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.lang] | بربيلڠ

Definisi : 1. lebih drpd satu banyaknya; masyarakat ~ bangsa (kaum) masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa atau kaum (spt Melayu, Cina, India, dll di Malaysia); ~ ringgit banyak ringgit; 2. dihitung atau dikira jumlahnya: barang-barang itu belum ~ jumlahnya lagi; ~ dr esa, mengaji dr alif prb mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dr pangkalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.lang] | بربيلڠ

Definisi : lebih drpd satu banyaknya; beberapa: Rakyat Malaysia terdiri drpd ~ kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbilang

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mengaji daripada alif,
     membilang daripada esa;
sakit bermula,
     mati bersebab,
hujan berpokok,
     kata berpangkal.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gigi gerahammolar toothGigi yang beralur dan berbilang akar, terletak di bahagian belakang rahang dan bersebelahan dengan gigi geraham kecil. Gigi geraham berfungsi untuk melumatkan makanan.Sekolah Rendah
algaalgaeKumpulan mikroorganisma yang terdiri daripada satu atau berbilang sel. Kebanyakan alga terdapat dalam air dan memainkan peranan yang penting dalam siratan makanan. Contoh alga ialah Chlamydomonas, Euglena dan Spirogyra.Menengah Rendah

Kembali ke atas