Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bin.tang] | بربينتڠ

Definisi : ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bin.tang] | بربينتڠ

Definisi : 1 ada bintangnya: Langit tidak ~. 2 mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbintang


Pantun

PantunSumberTema
Apabila malam sudah berbintang, Bulan bercahaya sehingga subuh; Apabila meminjam harta orang, Pulanglah segera usah bertangguh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lauk ikan sembilang, Makan dalam bangsal; Mata berbintang-bintang, baru timbul kesal.Pantun Melayu SarawakNasihat
Masak asam pulasan, Lauk ikan sembilang; Ubat tidak berkesan, Mata berbintang-bintang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau kenduri berlama-lama, Pakailah talam tanda menghidang; Kalau negeri tak berulama, Bagaikan malam tiada berbintang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas