Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.buah] | بربواه

Definisi : 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.buah] | بربواه

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar meroyan jantan (paya), Dissochaeta celebica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.buah] | بربواه

Definisi : ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuah

Puisi
 

Lagi berbuah lagi berduri,
     Itulah nama asam paya;
Lagi bertuah lagi berbudi,
     Itulah nama orang kaya.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Selangkas betik berbuah.

Bermaksud :

Waktu yang singkat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biennial bearingberbuah dwimusim/berbuah dwitahunanPertanianAgronomi

Berkaitan dengan pokok buah-buahan yang tidak mengeluarkan hasil buah yang sekata setiap tahun tetapi menghasilkan buah yang banyak pada satu tahun diikuti dengan hasil buah yang sedikit atau tiada buah pada tahun berikutnya. Proses in berlanjutan setiap dua tahun berikutnya. Contoh tanaman berbuah dwimusim ialah pokok durian dan rambutan.

biennial bearingberbuah dwitahunan; berbuah dwimusimPertanianTiadaTiada
fruiting bodyjasad berbuah; kandul sporaPertanianTiadaTiada
fruiting bodyjasad berbuah; kandul sporaPerhutananTiadaTiada
bearing woodcabang berbuahPertanianTiadaTiada
andromorphicandromorfikPertanianTiadaJambak bunga berbuah jantan dengan butiran kasar dan spikelet buah-buahan tanpa debunga.
perennialsakaBiologiEkologiBerkaitan dengan tumbuhan yang hidup lebih daripada dua tahun, dan biasanya berbunga serta berbuah setiap musim, misalnya pokok jelutong, Dyera costulata.
chilling requirementkeperluan pendinginanPertanianAgroteknologiKeperluan jenis tanaman buah-buahan tertentu seperti epal, aprikot dan pic yang terdapat di iklim sederhana untuk melalui tempoh masa dalam keadaan suhu yang sangat rendah bagi menggalakkan pokok itu berbunga dan berbuah apabila tiba musim panas. Sekiranya keadaan suhu rendah ini tidak dilalui, tanaman ini mungkin gagal berbunga dan berbuah. Di Malaysia, bebawang bunga tulip yang diimport dari Belanda perlu diberi rawatan pendinginan untuk membolehkan bebawang itu mengeluarkan bunga apabila ditanam.
Melastoma malabathricumsendudukHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan renek dalam famili Melastomataceae. Senduduk tumbuh subur sebagai rumpai di tanah terbiar. Pokok ini mempunyai banyak cabang, berbunga dan berbuah di sepanjang tahun. Batangnya berwarna kemerah-merahan dan diselaputi bulu halus. Daunnya ringkas berbentuk eliptik lanseolat dan berbulu. Jambak bunganya jenis sima yang tumbuh di hujung dahan. Bunganya besar berwarna ungu kemerah-merahan. Buahnya jenis beri dan pulpa berwarna biru gelap mengandungi biji kecil berwarna jingga. Daun dan buahnya dimakan mentah untuk merawat cirit-birit. Air rebusan daun dan akar diminum oleh ibu selepas bersalin sebagai tonik. Daun yang dilumatkan dibuat sapuan untuk menghilangkan kesan parut cacar, kudis, demam campak dan merawat luka. Air rebusan akar dibuat kumur untuk mengurangkan sakit gigi. Air rebusan daun bersama halia diminum untuk merawat haid yang berlebihan. Daun muda dan buah masak boleh dimakan.
witch hazelwitch hazelPentadbiran PerniagaanTiadaSebarang genus Hamamelis yang merupakan pokok renek di Asia dan Amerika Utara, daripada famili witch hazel, berbunga kuning, kelopak bunganya berombak-ombak serta berbuah keras
12

Kembali ke atas