Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.di] | بربودي

Definisi : 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.di] | بربودي

Definisi : 1 mempunyai budi. 2 bijaksana; berakal. 3 berkelakuan baik; sopan. 4 murah hati; baik hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbudi

Puisi
 

Encik Elok minum di kendi,
     Kendi berisi minyak lenga;
Apa dipujuk abang berbudi,
     Dalam berbudi banyak terkena.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Berbudi bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: mengggahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kita kan berbudikitakan berbudiTatabahasa30.07.2008
Apakah perbezaan antara bersopan santun dan berbudi bahasa?Bersopan santun dan berbudi bahasa sama maksudnya, iaitu beradab atau berakhlak.Tatabahasa21.02.2012
salam sejahtera. Saya musykil tentang ayat ini sama ada betul atau tidak. Seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjung walau di mana sahaja dia berada. terima kasih.

Ayat yang betul ialah 'seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjungi walu di mana sahaja dia berada. Harap maklum.

Tatabahasa22.07.2008
Apakah maksud pantun ini yang di bawah?Apakah belaku dan kejadian sesuai menggunakan pantun ini? Tutup bukan sebarang tutup,Tutup kuali dari tembaga;Hidup bukan sebarang hidup,Hidup berbudi matanya mulia.Untuk makluman saudari, maksud pantun terkandung dalam baris ketiga dan keempat, iaitu Hidup bukan sebarang hidup, Hidup berbudi matanya mulia. Pantun bukan seperti peribahasa ada maksud yang standard. Berdasarkan pemahaman kami frasa Hidup bukan sebarang hidup,Hidup berbudi matanya mulia, bermaksud dalam kehidupan yang sebenarnya orang yang berbudi dipandang mulia.Makna01.07.2021
Salam Tuan, Soalan saya apakah maksud amalan berbudi bahasa.Budi bahasa  bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan.Makna17.06.2008
Perbuatan ini menunjukkan kita seorang yang berbudi bahasa. Adakah penggunaan kita seorang itu betul ? Kita adalah jamak manakala seorang adalah tunggal.Dalam konteks ayat di atas, "kita" ada yang bermaksud "saya" dan biasanya digunakan dalam bahasa percakapan, oleh itu "kita seorang" bermaksud "saya seorang".Tatabahasa27.07.2007
Salam Sejahtera. Untuk ucapan terima kasih, manakah yang lebih sesuai antara berbudi bahasa dengan menghargai jasa. Sekian.Ucapan terima kasih lazimnya diucapkan kerana membalas budi atau menghargai jasa yang diberi.Tatabahasa02.03.2012
Bagi istilah 'Pay it forward' adakah ia diterjemahkan sebagai 'Bayar ke hadapan/depan'? Jika tidak, apakah penterjemahan yang betul?Istilah "Pay it forward" dalam bahasa Inggeris tiada kaitan dengan sistem pembayaran.  Ia bermaksud apabila orang berbuat baik atau berbudi kepada kita, kita akan membalas atau meneruskan dengan berbuat baik atau berbudi kepada orang lain pula.  Istilah25.12.2020
tidak gelojoh ketika makan. apakah nilai murni yang sesuai bagi ayat berikut sama ada berbudi bahasa atau bersopan santun. terima kasihKedua-duanya boleh digunakan. Yang paling hampir ialah bersopan santun.Tatabahasa20.01.2013
Selamat pagi. Apakah maksud masyarakat madani?? Terima kasih.Secara umum, masyarakat madani bermakna masyarakat yang berperadaban, berbudi luhur atau berakhlak mulia.Makna11.05.2005
123

Kembali ke atas