Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.di] | بربودي

Definisi : 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.di] | بربودي

Definisi : 1 mempunyai budi. 2 bijaksana; berakal. 3 berkelakuan baik; sopan. 4 murah hati; baik hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbudi

Puisi
 

Encik Elok minum di kendi,
     Kendi berisi minyak lenga;
Apa dipujuk abang berbudi,
     Dalam berbudi banyak terkena.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Berbudi bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: mengggahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berbudi bahasa menjadi amalanBadrul Hisham AzizUtusan Malaysia24.04.1993
Berbudi Kepada BumiRejab F. IBerita Minggu10.05.1998
Berbudi Kepada BumiRejab F. IMingguan Malaysia24.05.1998
Berbudi usaha kumpul sejarah tarian asliTiadaBerita Harian10.07.1980
Berbudi bahasa mudahkan kerjaAnak MelayuUtusan Malaysia17.11.2004
Orang berbudi kita berbahasaTiadaUtusan Zaman14.08.1983
Kempen berbudi bahasa tanda peradaban di tahap kritikalKhalid SallehBerita Harian25.01.2005
Amalan berbudi bahasa pemandu teksi penting untuk penumpangAkhbar:  Utusan Malaysia25.01.2005
Dr. Talib berbudi pada tanahNazmi YaakubBerita Harian11.11.2006
Kawan Yang Berbudi dan Yang BerduriMana SikanaBerita Minggu16.01.1964
12

Kembali ke atas