Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.di] | بربودي

Definisi : 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.di] | بربودي

Definisi : 1 mempunyai budi. 2 bijaksana; berakal. 3 berkelakuan baik; sopan. 4 murah hati; baik hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbudi

Puisi
 

Encik Elok minum di kendi,
     Kendi berisi minyak lenga;
Apa dipujuk abang berbudi,
     Dalam berbudi banyak terkena.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Berbudi bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: mengggahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbudi bagai pisang lebat.Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: mengggahkan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum ditumbuk belumlah bengkak.Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi lebai lagi berjanggut.Berilmu dan berbudi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menabur (= menanam) biji di atas batu.Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menuangkan air ke laut.Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menambak gunung, menggarami laut.Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memberi garam kepada laut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuang garam ke laut.Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Memberi lauk kepada orang membantai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memberi garam kepada laut.Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air jernih, ikannya jinak.Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas