Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbudi bahasa

Puisi
 

Apa guna berkain batik,
     Kalau tidak berbaju kasa;
Apa guna memandang cantik,
     Kalau tidak berbudi bahasa.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Laksana bunga dedap,
     sungguh merah berbau tidak.

Bermaksud :

Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
organisational ethicsetika organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Amalan atau budaya kerja yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi berdasarkan tatacara yang mempunyai nilai-nilai murni. Antara unsur penting dalam etika organisasi termasuklah menepati waktu, bertanggungjawab, sopan santun, berbudi bahasa, telus, ikhlas dalam menjalankan tugas, mematuhi arahan dan memelihara keselamatan dan kepentingan harta organisasi. Persekitaran organisasi biasanya memainkan peranan penting dalam membentuk etika organisasi selain daripada peraturan organisasi, sikap pihak pengurusan atasan dan bentuk kerja atau tanggungjawab kakitangan. Etika berbeza dari sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain, misalnya, terdapat organisasi yang membenarkan kakitangannya berpakaian singkat atau mendedahkan dengan hasrat menonjolkan imej moden organisasi tersebut, manakala organisasi tertentu khasnya organisasi awam mempunyai etika tersendiri yang berasaskan adat dan budaya tempatan.

public service advertisingpengiklanan khidmat awamKomunikasiKorporatPengiklanan yang mesejnya berfokus kepada menjaga kepentingan atau kebajikan awam dan bukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Penyiaran maklumat yang dihasilkan dan disiarkan, selalunya menggunakan format pengiklanan biasa yang ditaja oleh sesebuah syarikat atau organisasi korporat. Organisasi ini masih perlu membayar masa dan ruang iklan di media cetak atau media elektronik. Contohnya, iklan yang membawa mesej perpaduan atau kempen berbudi bahasa yang ditaja oleh sebuah syarikat minyak atau kewangan.

Kembali ke atas