Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.buih] | بربوءي

Definisi : mengeluarkan buih, ada buihnya, berbusa: sabun ~ apabila dicampurkan air; ~ mulut ki tidak berhenti-henti memperkatakan (orang, peristiwa, sesuatu hal, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.buih] | بربوءي

Definisi : ada buihnya: Mulutnya ~ apabila bercakap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuih


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frothy bloatkembung berbuihVeterinarTiadaTiada
aerated water jetpancutan air berudaraLandskapTiadaPancutan air yang berbuih-buih disebabkan oleh reka bentuk muncungnya berlubang-Iubang kecil yang membolehkan udara bercampur dengan air.
bubble jetjet buihLandskapTiadaJet air pancutan yang mengeluarkan air berbuih.
rice water stooltinja air berasPerubatanTiadaTinja yang sangat cair dan kelihatan berbuih-buih seperti air basuhan beras dengan tumpalan putih terapung-apung. Gejala ini ketara dalam penyakit kolera.
bubble fountainpancutan buihLandskapTiadaAir pancut yang muncungnya direka bentuk khas bagi mengeluarkan air pancutan yang berbuih .
milk shakesusu kocakPentadbiran PerniagaanTiadaMinuman sejuk daripada susu, perasa dan biasanya, ais krim, yang dicampur dan dikocak sehingga berbuih.
deactivatemendeaktif /nyahaktifKejuruteraanTiada1. Membuang, secara kimia, juzuk aktif cecair mengkakis.,2. Merawat zarah galian untuk mengurangkan pengapungan semasa pengapungan berbuih.
soft waterair lembutFarmasiTiadaAir yang mengandungi kepekatan rendah garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum. Air ini mudah berbuih dengan sabun.
hard waterair liatKimiaTiadaAir yang mengandungi garam alkali bumi seperti garam kalsium, garam magnesium atau sebagainya. Air ini tidak berbuih dengan sabun. Keliatan sementara air ini kerana mengandungi garam kalsium bikarbonat, dapat dihilangkan dengan cara pendidihan, sedangkan keliatan kekalnya kerana mengandungi garam kalsium, atau garam magnesium dapat dihilangkan dengan cara pertukaran ion atau dengan menggunakan detergen.
hard waterair liatKimiaBiokimiaAir yang mengandungi garam alkali bumi seperti garam kalsium, garam magnesium atau sebagainya. Air ini tidak berbuih dengan sabun. Keliatan sementara air ini kerana mengandungi garam kalsium bikarbonat, dapat dihilangkan dengan cara pendidihan, sedangkan keliatan kekalnya kerana mengandungi garam kalsium, atau garam magnesium dapat dihilangkan dengan cara pertukaran ion atau dengan menggunakan detergen.
123

Kembali ke atas