Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.ka] | بربوک

Definisi : mengakhiri puasa dgn makan dan minum ketika masuknya waktu maghrib; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.ka] | بربوک

Definisi : , = ~ puasa makan atau minum ketika masuk matahari sesudah berpuasa pd siangnya; mengakhiri puasa dgn makan atau minum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuka


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berbuka Puasa di ROSELLE BRASERIE 10 Julai 2013 - 5 Ogos 2013 RM38BERSIH Untuk Tempahan Sila Dail 03-2084 1515 ext 8025Sila buat pembetulan ejaan dial kepada dail dan terjemah ext.  kepada samb.


Setelah membuat pembetulan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan bukan Khidmat Nasihat Bahasa.
Lain-lain12.06.2013
Bagi latar pentas Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur atau Majlis Berbuka Puasa Bersama YBhg Datuk Bandar Kuala Lumpur Mana yang lebih bersesuai?Frasa yang lebih sesuai ialah MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR.Tatabahasa23.06.2015
Mohon semakan ayat berikut pada poster: " Kempen Menaja Keluarga Asnaf Miskin Bandar, Anak Yatim Serta Ibu Tunggal Berbuka Puasa & Barang Dapur"Ayat yang betul ialah Kempen menaja keluarga asnaf miskin bandar, anak yatim serta ibu tunggal berbuka puasa dan bantuan barangan dapur.Tatabahasa22.05.2017
Assalamulaikum, Apakah penggunaan istilah ' Iftar Ramadhan" tepat? Terima kasihIfthor ialah perkataan Arab dan dalam bahasa Melayu dieja iftar, iaitu berbuka puasa.

"Ejaan yang betul ialah "Iftar Ramadan"
perkataan ini bukan istilah tetapi sebagai kata umum yang dipakai untuk maksud majlis berbuka puasa.
Istilah07.06.2017
Iklan banting untuk berbuka puasaTukar "or email" kepada atau e-mel . Untuk mendapatkan sijil pengesahan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain30.05.2014
' Ifthor' apakah maksudnya dalam bahasa Melayu yang mudah. Tk.Ifthor ialah perkataan Arab dan dalam bahasa Melayu dieja iftar, iaitu berbuka puasa.Makna12.02.2012
Adakah perkataan atau ayat di banting ini menepati penggunaan bahasa melayu yang betul? Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai. Sekian terima kasih.Pembetulan:
1. JOM BERBUKA PUASA
2. Waktu dan Tempat Duduk Terhad
3. PANAS. MAKANAN BARAT . MAKANAN LAUT
Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.
Lain-lain01.06.2015

Kembali ke atas